Kes mati mengejut yang sering kita dengar seperti meninggal dunia dalam tidur atau ketika sedang berehat sememangnya menimbulkan pelbagai persoalan. Apakah puncanya kematian mengejut semakin kerap berlaku sejak akhir-akhir ini? Walaupun kematian boleh berlaku tanpa diduga, adakah mustahil individu yang sihat, tiba-tiba meninggal dunia? Dalam satu kes, seorang lelaki didapati meninggal dunia selepas meletakkan keretanya di parkir. Menurut rakan-rakan yang menumpangnya, si mati kelihatan sihat saja ketika memandu. Pengarah Hospital…