Kenderaan perisai pertama buatan Malaysia - Utusan Malaysia

Kenderaan perisai pertama buatan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Ismail Sabri Yaakob di Majlis Perasmian Kereta Perisai Mobiliti Tinggi 4X4 di Kem Sungai Besi di sini, semalam.

KUALA LUMPUR: Syarikat Mildef International Technologies Sdn Bhd (Mildef) mengeluarkan sebuah kenderaan berperisai mobiliti tinggi empat roda (4×4) pertama negara.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Ismail Sabri Yaakob mengumumkan secara rasmi nama kenderaan tersebut sebagai Tarantula HMAV4X4. Nama kenderaan diambil sempena nama Tarantula iaitu kumpulan labah-labah bertaring, besar dan berbulu kerana menggambarkan kemampuan kenderaan perisai ini yang boleh melaksanakan pelbagai halangan dengan mudah.

Menurut beliau, kenderaan ini membuktikan kehebatan anak Malaysia kerana direka serta dibangunkan sendiri oleh 140 orang pakar syarikat tempatan.

Kenderaan ini dilengkapi dengan perisai bawahan Stanag 4569 Level 2B dan perlindungan perisai badan Stanag 4569 Level 2 bagi melindungi kru di dalam kenderaan tersebut. Jentera perisai ini telah melalui beberapa peringkat penilaian bagi memastikan kenderaan tersebut selamat digunakan.

“Kenderaan itu telah melalui proses ujian nilai selama sembilan hari merangkumi perjalanan sejauh 700 kilometer di atas jalan raya dan 300 km secara off-road termasuk beberapa ujian berhalangan lain.

Malah, tatacara pelaksanaan uji nilai dilaksanakan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Tentera Darat setanding pelaksanaan di peringkat antarabangsa.” tambah Datuk Ismail Sabri Yaakob.

Apa yang mengagumkan jentera perang ini menggunakan enjin tahan lasak berteknologi tinggi yang mampu untuk bergerak pantas di atas pelbagai muka bentuk bumi dengan mencapai kelajuan sehingga 110 km per jam.

Manakala, pintu belakang Tarantula pula dilengkapi dengan sistem hidraulik yang menjadikan kenderaan ini unik dan versatil digunakan dalam misi ketenteraan dan bersiap sedia untuk diatur gerak dalam misi pengaman seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Proses rekaan dan pembangunan Tarantula HMAV4X4 mengambil masa empat tahun dengan kos berjumlah RM16 juta untuk menghasilkan prototaip.

Veteran ATM bakal jana pendapatan RM3 juta setahun

Ismail Sabri Yaakob melihat replika bangunan yang akan didirikan Yayasan Veteran ATM dan Pasukhas Development Sdn. Bhd. di Kuala Lumpur, semalam.

Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan kerjasama Pasukhas Development Sdn. Bhd bakal mendapat pulangan wang tunai sebanyak RM2 juta dan beberapa manfaat lain hasil daripada projek pembangunan atas tanah lot 2008.

“Yayasan veteran ATM turut dianggarkan bakal menerima bayaran itu secara ansuran sebanyak RM500,000 setahun dalam tempoh empat tahun serta 25 tempat letak kereta.

Pemegang taruh turut mendapat pulangan seperti 58,000 kaki persegi ruang pejabat untuk disewakan, 3,000 kaki persegi pejabat yayasan dan dewan serbaguna untuk 420 orang.” kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

ATM turut dijangka mendapat pendapatan kasar berjumlah RM3 juta setahun melalui sewaan pejabat dan dewan serbaguna.
“Kawasan projek pembinaan bangunan ini adalah kawasan yang sangat strategik. Ia juga mesra perniagaan dengan adanya sokongan infra yang boleh menghubungkan lokasi perniagaan dengan pusat beli-belah, hotel bertaraf antarabangsa, pusat konvensyen terkemuka dan juga perkhidmatan perubatan berdekatan.”

Tambah beliau lagi, persekitaran projek itu dilihat menarik kerana kawasan riadah yang sememangnya terkenal di Malaysia pasti menarik perhatian pembeli. Projek ini akan memberi pulangan yang baik kepada yayasan dan menjadi kemegahan buat veteran ATM.

Projek Yayasan Veteran ATM merupakan projek pembinaan bangunan 51 tingkat berkonsepkan pembangunan bercampur yang akan mengandungi ruang pejabat, kawasan komersil dan kawasan kediaman di atas tanah lot 2008.

Projek tersebut menelan kos belanja keseluruhan berjumlah RM250 juta dan dijangka siap pada akhir tahun 2023.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menzahirkan penghargaan kepada Yayasan Veteran ATM kerana berusaha merealisasikan impian itu dengan hasrat mencipta pelaburan baharu demi masa depan lebih sempurna khusus untuk veteran ATM.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya