NGO sokong penuh pembikinan filem aksi kucing - Utusan Malaysia

NGO sokong penuh pembikinan filem aksi kucing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Syarikat produksi, Art Ornament Sdn Bhd berbesar hati apabila hasrat mereka untuk menghasilkan sebuah filem aksi bertemakan haiwan kesayangan iaitu kucing mendapat sokongan penuh daripada dua buah badan bukan kerajaan (NGO) tempatan.

Menurut Penerbitnya, Aida Othman, NGO terbabit adalah Anugerah Mahligai Arah Nasib Abadi Haiwan (AMANAH) dan Persatuan Suara Haiwan Malaysia yang aktif bergerak membantu menjaga dan melindungi haiwan berkenaan.

Pada masa yang sama, Aida berkata, pihaknya yakin menerusi kolaborasi ini, sasaran mereka untuk menghasilkan sebuah filem berbeza daripada filem tempatan sedia ada mampu dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

“Penglibatan dua buah NGO ini sekali gus memberi motivasi dan keyakinan kepada kami untuk menghasilkan sebuah filem dengan tema haiwan kesayangan ini.

“Pada masa yang sama, kami menerusi filem dan kerjasama ini turut berhasrat menerapkan kempen kesedaran kepada rakyat malaysia utk memupuk perasaan sayang kepada kucing selain kesedaran untuk memandulkan haiwan tersebut bagi mengurangkan kes pembuangan.

“Selain itu, saya dan pasukan produksi juga bersepakat untuk menerapkan kesedaran masyarakat terhadap kes-kes penganiayaan terhadap haiwan,”katanya.

Selain itu, jelas Aida, Art Ornament Sdn Bhd juga berharap dapat meraih sokongan daripada semua pencinta kucing untuk menyumbang kepada kempen pembikinan filem ini dalam sasaran mengumpul dana sebanyak RM2.5 juta.

“Minima sumbangan adalah sebanyak RM1 dengan sasaran terkumpul sebanyak RM2.5 juta bagi merealisasikan pembikinan filem ini. Namun, sebahagian dari dana ini iaitu sebanyak 200,000 akan disalurkan kepada pihak AMANAH untuk mereka jalanan misi bantuan kepada yang memerlukan sepanjang kempen ini.

“Kami yakin menerusi pengalaman kami dan pasukan produksi dapat menerbitkan sebuah filem yang berkualiti dan bakal menjadi fenomena.

“Kami sasarkan filem ini box office,paling tidak pun kami dapat mengutip RM2.5 juta kembali untuk kami salurkan kepada dua NGO terbabit untuk misi bantuan termasuk semua pecinta kucing, mahupun NGO dan individu yang memerlukan bantuan,”katanya.

Dalam pada itu, menurut Aida, pihaknya juga telah membangunkan sebuah laman sesawang khusus untuk memudahkan masyarakat dan pengguna yang mahu membuat sumbangan untuk kempen ini.

Jelasnya, menerusi laman sesawang tersebut, para penyumbang boleh membuat sumbangan menerusi nombor akaun rasmi yang disediakan.

“Untuk pengetahuan, akaun ini akan dipantau juga oleh pihak NGO agar lebih telus dan kami akan kongsikan setiap jumlah yang diterima akan dimaklumkan kepada semua rakyat Malaysia di media sosial kami.

“Pada masa yang sama, kami juga mengalu-alukan pempengaruh, artis, kelan pencinta kucing, persatuan atau mana-mana badan berkaitan untuk menyertai kempen ini,”katanya.

Untuk info, sumbangan untuk kempen ini akan dibuka bermula pada 15 Mei 2023 dan mereka yang ingin membuat sumbangan, boleh layari laman sesawang https://tangvayne.wixsite.com/suarahatihaiwan atau hubungi talian 011-10652582 (iqbal).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya