KELIBAT kumpulan besar monyet yang mencuri makanan dan ‘menyergah’ pelancong di bandar bersejarah Lopburi di Thailand mungkin tidak akan kelihatan lagi selepas ini. Sebelum Covid-19 menutup Lopburi, sebahagian besar penduduknya secara santai memberi makan kepada lebih 3,000 monyet berekor panjang yang tinggal bersebelahan malah mengadakan jamuan buah-buahan tahunan untuk haiwan itu. Monyet dan spesies kera yang dipercayai membawa ‘nasib baik’ itu juga mendiami hutan berhampiran dan telah lama menjadi sebahagian…










