MENJENGAH bandar Qatif yang sibuk, di mana cita rasa Itali bertemu budaya Arab Saudi, peluang merasai pengalaman menjamu selera dalam suasana sunyi dengan hanya melihat gerakan bahasa isyarat pasti memberi satu kelainan istimewa. Pengunjung yang singgah di Arina Pizzeria mengakui terpegun ketika menjejakkan kaki di restoran yang dikendalikan sepenuhnya oleh kakitangan pekak yang bukan sahaja mampu menawarkan menu luar biasa tetapi juga naratif kuat tentang daya tahan dan keupayaan komuniti…










