TERKINI: gempa bumi Turkiye, angka korban lepasi 3,800 - Utusan Malaysia

TERKINI: gempa bumi Turkiye, angka korban lepasi 3,800

GAMBAR menunjukkan pasukan penyelamat mencari mangsa dari bangunan lapan tingkat yang ranap di Hama, Syria selepas gempa bumi berukuran 7.8 magnitud di selatan Turkiye. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAMASCUS: Dua gempa bumi berskala besar berukuran 7.8 dan 7.5 magnitud melanda tenggara Turkiye sehingga sempadan Syria semalam dengan angka korban terkini melepasi 3,800 orang.

Gempa bumi kedua dilaporkan berlaku pada pukul 1.24 petang (waktu tempatan) di daerah Elbistan, wilayah Kahramanmaras, Turkiye.

Setakat ini, kematian di Turkiye dilaporkan seramai 2,379 orang manakala di Syria seramai 1,444 orang.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) meramalkan jumlah kematian boleh meningkat sehingga 20,000 orang berdasarkan keadaan semasa.

Terdahulu, gempa bumi berukuran 7.8 magnitud menggegarkan tenggara Turkiye  pada pukul 4.17 pagi (waktu tempatan)  ketika penduduk sedang lena tidur.

Puluhan bangunan dilaporkan runtuh termasuk kompleks-kompleks kerajaan.

Gegaran dikatakan turut dirasai sejauh pulau Cyprus, Lubnan, Mesir dan Iraq.

Sehingga sekarang, kira-kira 45 negara sudah menyatakan komitmen untuk menghantar bantuan dan mahu bersama-sama menyertai operasi mencari dan menyelamat.

Amerika Syarikat (AS) , Perancis, Ukraine, Russia, Jerman, Azerbaijzan, Pakistan dan India dilaporkan menghulurkan bantuan awal ke Turkiye dan Syria.

Kejadian itu merupakan salah satu gempa bumi terbesar yang melanda Turkiye dalam tempoh satu abad, memusnahkan seluruh bahagian bandar utama di wilayah yang dipenuhi berjuta-juta orang yang melarikan diri dari perang saudara di Syria dan konflik lain.

Presiden AS, Joe Biden berkata, beliau sangat sedih dengan gempa bumi di Turkiye dan Syria serta menjanjikan bantuan Washington untuk kedua-dua negara.

“Saya amat sedih dengan kehilangan nyawa dan kemusnahan akibat gempa bumi di Turkiye dan Syria.

“Saya mengarahkan pasukan saya untuk terus memantau situasi dengan koordinasi dengan Turkiye dan memberikan apa-apa dan semua bantuan yang diperlukan,” tweet presiden itu dari akaun rasminya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.