TERKINI: Gempa bumi kedua 7.5 magnitud di Turkiye, angka korban lepasi 1,800 - Utusan Malaysia

TERKINI: Gempa bumi kedua 7.5 magnitud di Turkiye, angka korban lepasi 1,800

GAMBAR menunjukkan keadaan bangunan yang musnah akibat gempa bumi pada skala 7.8 magnitud melanda tenggara Turkiye, hari ini.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Gempa bumi kedua berukuran 7.5 magnitud melanda tenggara Turkiye dengan angka korban terkini melepasi 1,800 orang.

Gempa bumi kedua itu dilaporkan berlaku pada pukul 1.24 petang (waktu tempatan) di bahagian selatan pekan Ekinozu.

Kematian di Turkiye dilaporkan seramai 1,014 orang manakala di Syria seramai 783 orang.

Terdahulu, gempa bumi berukuran 7.8 magnitud menggegarkan tenggara Turkiye  pada pukul 4.17 pagi (waktu tempatan) yang mengorbankan lebih 900 orang di Syria dan Turkiye ketika penduduk sedang lena tidur.

Puluhan bangunan dilaporkan runtuh termasuk kompleks-kompleks kerajaan.

Gegaran dikatakan turut dirasai sejauh pulau Cyprus, Lubnan, Mesir dan Iraq.

Sehingga sekarang, kira-kira 45 negara sudah menyatakan komitmen untuk menghantar bantuan dan mahu bersama-sama menyertai operasi mencari dan menyelamat.

Amerika Syarikat (AS) , Perancis, Ukraine, Russia, Jerman, Azerbaijzan, Pakistan dan India dilaporkan menghulurkan bantuan awal ke Turkiye dan Syria.

Kejadian itu merupakan salah satu gempa bumi terbesar yang melanda Turkiye dalam tempoh satu abad, memusnahkan seluruh bahagian bandar utama di wilayah yang dipenuhi berjuta-juta orang yang melarikan diri dari perang saudara di Syria dan konflik lain.

Presiden AS, Joe Biden berkata, beliau sangat sedih dengan gempa bumi di Turkiye dan Syria serta menjanjikan bantuan Washington untuk kedua-dua negara.

“Saya amat sedih dengan kehilangan nyawa dan kemusnahan akibat gempa bumi di Turkiye dan Syria.

“Saya mengarahkan pasukan saya untuk terus memantau situasi dengan koordinasi dengan Turkiye dan memberikan apa-apa dan semua bantuan yang diperlukan,” tweet presiden itu dari akaun rasminya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.