TERKINI: Angka korban Turkiye-Syria melepasi 16,000 orang

TERKINI: Angka korban Turkiye-Syria melepasi 16,000 orang

ORANG ramai melintasi kawasan di mana mayat-mayat mangsa gempa bumi disimpan di Dewan Sukan Bandar Kahramanmaras, Turkiye. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANTAKYA: Angka kematian akibat gempa bumi Turkiye-Syria melepasi 16,000 orang.

Lapor Al Jazeera, sekurang-kurangnya 12,873 orang mati di Turkiye manakala sekurang-kurangnya 3,162 terbunuh di Syria.

Harapan untuk mencari mangsa yang terselamat semakin pudar dan penduduk di tenggara Turkiye serta barat laut Syria mengecam kerajaan masing-masing kerana usaha mencari dan menyelamat dikatakan sangat perlahan.

Namun, di tengah-tengah kesejukan yang membeku, pasukan penyelamat dilaporkan masih bertungkus-lumus menarik mangsa yang masih hidup keluar dari runtuhan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN