Kanak-kanak 6 tahun ditahan kerana menembak guru dalam kelas

Kanak-kanak 6 tahun ditahan kerana menembak guru dalam kelas

SEBAHAGIAN ibu bapa menunggu di luar Sekolah Rendah Richneck selepas berlaku kejadian tembakan pada pukul 2 petang. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VIRGINIA: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditahan polis selepas dia didakwa dengan sengaja menembak guru darjah satu di sekolah rendahnya sehingga berada dalam kritikal.

Menurut laporan DailyMail.com, kejadian itu berlaku pada pukul 2 petang (waktu tempatan) kelmarin.

Polis Newport News menahan murid berkenaan dan dia berada di bawah jagaan mereka selain identitinya tidak didedahkan kepada umum.

Guru wanita yang belum dikenal pasti itu berusia 30-an dilaporkan ditembak di bahagian perut serta dibawa ke Pusat Perubatan Wilayah Riverside.

Ketua Polis Newport News , Scott Drew berkata, suspek yang ditahan itu merupakan kanak-kanak berusia enam tahun dan sekarang di bawah jagaan polis.

“Ini bukan satu kejadian tembakan tidak sengaja,” katanya dalam sidang akhbar semalam.

Katanya, kejadian itu berlaku di dalam kelas dan satu pertengkaran berlaku.

“Suspek tidak melakukan tembakan di sekitar sekolah. Tetapi membuat tembakan di kawasan tertentu (dalam kelas),” katanya.

Insiden itu berlaku di Sekolah Rendah Richneck, sebuah sekolah untuk kanak-kanak berumur lima hingga sembilan tahun.

Tiada kanak-kanak lain terlibat atau cedera dan polis kini berusaha untuk mengetahui bagaimana kanak-kanak itu mempunyai akses kepada pistol.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya