218,019 kes baharu Covid-19 di China

218,019 kes baharu Covid-19 di China

KELIHATAN penumpang memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE) sebelum berlepas penerbangan domestik di Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong baru-baru ini.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menerima data dari China yang menunjukkan kes jangkitan baharu Covid-19 sebanyak 218,019 kes dalam tempoh seminggu sehingga 1 Januari lalu.

Data juga menunjukkan sebanyak 648 kematian baharu dari negara itu termasuk Hong Kong, Taiwan dan Macau.

Dalam tempoh sama, sebanyak sembilan kematian dilaporkan di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China.

Data yang diterima WHO juga menunjukkan peningkatan jangkitan hampir 50 peratus dalam tempoh berkenaan.

Terdahulu, agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dikatakan tidak menerima sebarang data dari China dalam tempoh beberapa minggu lalu selepas Beijing menarik balik dasar Zero Covid pada awal bulan lalu.

Tindakan itu menimbulkan syak kepada pakar-pakar kesihatan iaitu terdapat kemungkinan maklumat yang diselindungi berhubung penyebaran wabak berkenaan.

WHO berkata jurang dalam data mungkin disebabkan pihak berkuasa China hanya bergelut untuk mengira kes.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya