Taktik penagih dadah dalam ‘poket’ Dr. Sabri - Utusan Malaysia

Taktik penagih dadah dalam ‘poket’ Dr. Sabri

Dr. Sabri Zainudin Zainul (tengah) bertemu pelatih AADK di PUSPEN Vokasional Sepang, Selangor baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAYA sebak apabila bekas penagih dadah yang pernah di bawah jagaan saya lagi bagus bacaan al-Fatihahnya berbanding saya”.

Demikian antara cebisan kenangan dan pengalaman bekas Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Dr. Sabri Zainudin Zainul selama lebih 30 tahun dalam perkhidmatan.

Menceritakan detik tersebut, beliau dapat berjumpa dengan bekas penagih itu selepas 13 tahun terputus hubungan.

“Pada mulanya, ibu bekas penagih tersebut tidak mahu menerima dia selepas beberapa kali dimasukkan ke pusat pemulihan.

“Kemudian semasa dia tamat tempoh dan hendak keluar dari pusat pemulihan saya beri cadangan suruh dia ikut tabligh di sebuah negeri. Kemudian selepas beberapa lama dia bersama kumpulan terlibat, saya dikhabarkan dia ke India atas tujuan berkenaan sehingga kami berjumpa semula,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

DR. SABRI ZAINUDIN ZAINUL

Tambah Sabri, dia sendiri tidak menyangka dipertemukan semula dengan individu berkenaan selepas 13 tahun berlalu.

“Saya langsung tidak mengingatinya dan menyangka dia sebahagian anggota AADK. Kemudian selepas berjumpa, kami berbual panjang dan makan bersama di rumahnya. Malah, dia sempat memberitahu kepada saya, jika bukan kerana saya memberi cadangan untuknya mengikut kumpulan tabligh, dia mungkin tidak jadi sebagaimana dia hari ini.

“Selain itu, dia yang sebelum ini bercerai akibat dadah telah rujuk semula dengan isterinya selepas benar-benar insaf,” katanya.

Sabri mempunyai pengalaman luas dalam bidang rawatan dan pemulihan penagihan dadah sejak tahun 1991.

Pada 1992, beliau dilantik sebagai Komandan Pusat Sehenti Sungai Besi sebelum ditugaskan sebagai Komandan Pusat Sehenti Sungai Petani, Kedah pada 1994 sehingga 2000 dan Komandan Pusat Sehenti Tampoi, 2001.

Sabri juga pernah dilantik sebagai Pengarah AADK Melaka pada 2002.

Jangan pandang hina waima bekas penagih

Dalam pada itu, Sabri berkata, banyak pengalaman pahit manis sepanjang bertugas mengawal dan menyelia pelatih di pusat pemulihan.

“Ada pelbagai ragam. Ada juga yang kini sudah bergelar datuk dan berjaya dengan kerjaya masing-masing. Malah ada yang lebih berjaya daripada saya.

“Jadi masyarakat tidak boleh menolak dan memandang hina waima sesiapa sekalipun kerana naik atau jatuh seseorang tiada siapa yang tahu,” ujarnya.

Selain peristiwa menyentuh hati, beliau turut mempunyai pengalaman yang melucukan semasa dalam penugasannya.

“Ada sekali saya bertemu dengan bekas Presiden Pengasih Malaysia, Datuk Mohd. Yunus Pathi dalam satu persidangan di Kenya. Dalam pertemuan itu, kami solat berjemaah bersama.

“Sebelum memulakan solat, kami saling bertanya siapa mahu jadi imam? Saya katakan padanya jika umur, dia (Mohd. Yunus) paling tua dan jika berdasarkan suara tidak pasti siapa yang paling sedap. Lalu saya berkata padanya, sekarang kita ikut siapa paling handsome. Terus dia (Mohd. Yunus) sukarela jadi imam,” jelasnya.

Dr. Sabri menyempurnakan sesi clock out pada hari terakhir perkhidmatan di AADK Putrajaya, 17 Mei 2021.

Bercerita tentang masalah ketagihan dadah dalam kalangan rakyat di negara ini, beliau berkata, bangsa Melayu mencatat jumlah tertinggi dengan 3,567 orang setakat suku tahun pertama 2021 berbanding bangsa lain Cina (247) manakala India (241) orang .

Katanya, salah satu faktor peningkatan jumlah tersebut adalah disebabkan psikologi dan antropologi bangsa Melayu yang mempunyai beberapa kelemahan termasuk mudah dipengaruhi.

“Kita perlu faham bangsa kita dahulu. Tahap kematangan bagi bangsa Melayu agak lambat. Malah kadar kebergantungan kita tinggi dan kurangnya sikap berdikari. Masih perlukan generasi ketiga untuk hidup. DNA bangsa Melayu mungkin banyak daripada Qabil.

“Sebab itu apabila berlaku satu-satu masalah kita perlu belajar kukuhkan jati diri kita dengan pegangan agama.Orang Melayu ni pantang dia babi. Sejahat mana pun dia, babi tak makan. Kita nak dadah pun begitu juga,” jelasnya.

Menurut Sabri, berkenaan pemulihan dadah adalah lebih baik mencegah daripada mengubati.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×