Siakap masak pedas ala Thai

Siakap masak pedas ala Thai

Rasa kuah yang pekat, masam dan manis memikat selera.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Menu beraroma minggu ini, Seri bawa­kan hidangan yang nampak ringkas namun cukup membuka selera. Menu yang cukup rasa pedas, manis dan masam ini memang  sesuai dijadikan hidangan makan tengah hari bersama keluarga tercinta di hujung minggu.
BAHAN BAHAN:
(Hidangan untuk lima orang)
BAHAN HIRIS TUMISAN
bawang putih 4 ulas*
halia 1 inci*
1 labu bawang holland*
2 batang serai*
2 sudu makan cili kisar*
2 akar daun ketumbar*
5 batang cili padi merah
5 batang cili padi hijau
4 sudu makan sos tiram
4 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos Thai
2 sudu teh kicap sotong
1/2 sudu teh garam
1sudu teh stok ayam
1/2 sudu besar gula melaka
1 1/2 daun ketumbar
1/2sb air limau / 1 1/2 biji perahan limau
daun limau purut
1 biji tomato
1 batang cili besar
merah dan hijau
BAHAN PERAPAN IKAN SIAKAP
Seekor ikan Siakap
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh stok ayam, serbuk perasa
2 sudu makan tepung jagung
sedikit air
CARA PENYEDIAAN:
Panaskan minyak dalam kuali.
Goreng ikan siakap yang telah diperap dengan bahan perapan sehingga warna kuning keemasan.
Angkat ikan dan toskan minyak supaya kuah tidak menjadi terlalu berminyak.
Kurangkan minyak dalam kuali, tinggalkan sedikit untuk menumis bahan tumisan yang bertanda.
Panaskan baki minyak tadi untuk menumis bahan untuk kuah.
Masukkan semua bahan tumisan yang bertanda, tumis sehingga naik bau dan berwarna coklat keemasan.
Masukkan sedikit air dan biarkan mereneh sehingga menggelegak. Kemudian masukkan sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
Masukkan bahan perasa lain seperti garam, stok ayam, serbuk perasa, gula melaka, perahan limau, sos Thai, kicap sotong dan sos tiram.
Besarkan api sedikit supaya kuah mendidih dan sebati.
Masukkan ikan siakap yang sudah digoreng, kecilkan api dan biarkan ia mereneh bersama kuah supaya kuah meresap ke dalam ikan.
Akhir sekali masukkan bahan hiasan seperti daun ketumbar, daun limau purut, tomato, cili besar merah dan hijau. Tutup periuk seketika, kemudian tutup api. Sedia dihidangkan.-UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN