Kota Buku dan penyuburan amalan budaya membaca

Kota Buku dan penyuburan amalan budaya membaca

ADIBAH OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pembangunan sesebuah negara seharusnya dipacu oleh ilmu dan rakyat yang berilmu menerusi buku akan menjadi penggerak kemajuan.

Ilmu ini diperoleh sama ada menerusi pengajian di bilik bilik kuliah universiti atau pembacaan daripada pelbagai sumber termasuklah antaranya buku. Rakyat sesebuah negara yang menjadikan amalan membaca buku sebagai satu budaya banyak memainkan peranan penting pembentukan tamadun bangsa. Demikian kuasa buku dalam era moden ini.

Isunya adakah Malaysia yang ingin bergerak maju mempunyai rakyat yang gemar kepada buku dan membaca sebagai satu amalan.

Kita perlu akur budaya tersebut belum begitu terserlah dalam kalangan rakyat negara ini.

Setakat ini kita ada tiga agensi yang kerap disebut apabila membicarakan isu perbukuan iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Institut Terjemahan Negara Berhad dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).

Namun di sebalik hakikat ‘tugasan’ agensi agensi berkenaan, Kementerian Pendidikan juga mempunyai visi jelas ke arah meningkatkan budaya membaca khususnya menjurus kepada generasi muda.

Pihak ketiga yang tidak kurang pentingnya ialah Perbadanan Kota Buku (PKB), sebuah syarikat milik Kementerian Pendidikan.

PKB yang ditubuhkan pada 6 Julai 2011, adalah sebuah institusi yang komited dalam mentransformasikan landskap perbukuan negara.

Ketua Pegawai Eksekutif PKB, Adibah Omar berkata, dengan misi utama untuk memperkasa industri buku dan menggalakkan budaya membaca yang mendalam di kalangan rakyat Malaysia, PKB memainkan peranan penting sebagai penghubung antara kandungan tradisional dan inovasi digital.

“Kami memastikan buku-buku tempatan dapat diakses secara global, sekali gus memperluas capaian karya tempatan. PKB juga berusaha mencipta peluang strategik bagi penulis Malaysia, sambil menginspirasi pembaca daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk membangunkan minat membaca yang berterusan sepanjang hayat.

“Di PKB, perjalanan kami sentiasa didorong oleh satu keyakinan—bahawa buku mempunyai kuasa untuk membentuk sebuah negara,” ujar beliau lagi.

Beliau berkata, sejak penubuhan PKB pihaknya mengorak langkah berani untuk menjadikannya sebuah syarikat perbukuan milik kerajaan yang paling berdaya saing di Asia Tenggara, bukan sahaja melalui penerbitan tradisional, tetapi dengan memanfaatkan kuasa teknologi dan platform digital.

“Kami berbangga untuk berada di barisan hadapan dalam inisiatif buku komersial berasaskan teknologi, menetapkan piawaian baharu dalam cara cerita disampaikan, dikongsi, dan dialami. Misi kami untuk menerajui evolusi digital dalam industri buku tempatan berakar pada komitmen kami untuk memperkasakan penulis tempatan, menyediakan mereka dengan alatan dan platform untuk berjaya di peringkat tempatan dan antarabangsa,” ujarnya.

Buku bukan sekadar gudang pengetahuan ia adalah pintu gerbang ke dunia imaginasi, kreativiti, dan pemahaman. Di PKB, kami percaya dalam memas­tikan setiap rakyat Malaysia mempunyai akses kepada dunia ini, tanpa mengira latar belakang mereka.

“Kami terus berusaha tanpa henti untuk menyemai kecintaan mendalam dan berkekalan terhadap pembacaan di kalangan semua generasi, memupuk budaya di mana cerita membentuk identiti kolektif kita dan menjadi pendorong masa depan kita,” ujar Adibah lagi.

Kerajaan sebelum in sudah memberi geran sebanyak RM 39,601,550 sepanjang tahun 2011 hingga 2022.

Misi utama PKB sebagai nukleus menggerak budaya membaca buku di negara ini tidak mudah kerana halangan utama tentulah budaya membaca yang rendah.

Dalam masa sama, PKB telah diberi geran RM30 juta bagi menggerakan penubuhan Kota buku secara fizikal yang akan menjadi pusat sehenti bagi menyatu­kan pemain industri dan pemegang taruh dalam rantaian industri perbu­kuan.

Bagi merealisasikan hasrat ini dalam beberapa tahun akan datang
Adibah berkata, dengan aspirasi pendemokrasian buku melibatkan semua lapisan dan kelas sosial tanpa ada diskriminasi, maka pengenalan baucar buku yang peruntukan RM280 juta dianggap berjaya.

“Ini bermakna pelajar di Kota Tinggi, Kemaman, Sibuti, Kota Kinabalu, Arau dan Subang Jaya berpeluang membeli buku judul yang sama dengan harga sama,” ujarnya.

Inisiatif E-Baucar Buku bertujuan mempromosi budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia, terutamanya pelajar dan pembaca muda, dengan menyediakan insentif kewangan untuk pembelian buku.

Ia berhasrat untuk menyokong penulis dan penerbit tempatan, meningkatkan jualan, serta memupuk ekosistem perbukuan yang berdaya maju. Selain itu, inisiatif ini meningkatkan akses kepada bahan bacaan berkualiti bagi individu daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi dan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat merentasi pelbagai genre.

Ini bermakna buku mudah diakses oleh mereka yang memerlukan. Sebeleim ini ada dakwaan bahawa budaya membaca masih rendah kerana peminta buku sukar memperoleh buku yang mereka minati.

Justeru inisiatif tersebut akan membantu pembaca mendapatkan buku yang mereka minati dan sasaran untu meningkatkan jumlah pembaca baharu meningkat sekurang kurangnya 30 peratus.

Maka inisiatif PKB itu ibarat serampang dua mata. Ini kerana menerusi inisiatif tersebut, PKB berjaya memperkasa pendidikan berteraskan teknologi selaras dengan Dasar Pendidikan Digital (DPD) dan mendemokrasikan akses kepada bahan bacaan melalui platform digital dan program komuniti.

Dari aspek tadbir urus pula, komitmen PKB terhadap ketelusan, khususnya melalui penglibatan program seperti Baucar Buku Madani boleh disegani apabila melibatkan kawalan dan keseimbangan yang telus dalam pengagihan buku serta pembayaran kepada penerbit.

Justeru diharapkan segala inisitaf PKB akan menjadi kenyataan dan mengharmonikan industri perbukuan tempatan. Maka peranan PKB sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Pendidikan penting dalam memajukan industri buku negara, memupuk budaya membaca, dan memperkasakan penulis tempatan untuk bersaing di peringkat global.

Sebagai pusat sehenti bagi ekosistem sastera negara, PKB diberi mandat untuk menyediakan infrastruktur lengkap, dari ruang fizikal ke platform digital, untuk menyokong kerjasama, inovasi, dan pertumbuhan ekonomi buku.

Seperti yang dinyatakan, budaya membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia masih berada pada tahap sederhana. Keadaan ini juga berpunca daripada persekitaran pembacaan di Malaysia yang kurang kondusif serta sistem sokongan pembacaan yang tidak menggalakkan.

Justeru menilai keperluan masyarakat kepada persekitaran pembacaan yang kondusif dan menggalakkan, Perbadanan Kota Buku (PKB) mengusulkan cadangan penubuhan Kota Buku Malaysia yang lebih holistik bagi merealisasikan gagasan “Malaysia Madani” dan menjadikan “Membaca Sebagai Gaya Hidup”.

Penubuhan Kota Buku Malaysia ini juga bakal memasyarakatkan perbukuan demi meralisasikan hasrat Malaysia Madani terutamanya dalam memperkukuhkan budaya dan transformasi insan.

Kota Buku jika berjaya direalisasikan akan menjadi atau pusat sehenti kepada industri untuk bergerak senada dan sederap dengan hasrat kerajaan menyuburkan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

Rekod menunjukkan Malaysia menghasilkan 30 judul buku setahun, tetapi itu tidak lah sehebat mana sekiranya tidak ada yang membacanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN