Bukan mudah sebenarnya menghasilkan sebuah filem bermutu terutama karya adaptasi . Ada banyak kekangan yang perlu diatasi oleh penerbit dan pengarah. Masalah mereka juga banyak termasuklah antaranya kewangan, mencari pelakon berkualiti dan menggarap cerita yang memberi impak dalam kalangan peminat filem. Masalah besar akan lebih dihadapi oleh bukan sahaja penerbit tetapi juga pengarah apabila menyelesaikan tanggungjawab menghasilkan filem yang diadaptasi daripada naskhah tertentu seperti novel, kisah benar, cerpen, puisi dan…