Piala Seri Endon cabar bakat pereka batik

Piala Seri Endon cabar bakat pereka batik

REKAAN berinspirasikan bunga tulip melambangkan cinta, pengabdian yang mendalam dan sempurna sebagai metafora semangat dalam dunia tekstil, terutama batik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HARI INI, sekali lagi peminat-peminat batik di negara ini akan bertumpu kepada 12 rekaan peserta yang layak ke pusingan akhir, Piala Seri Endon 2024, berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Pertandingan anjuran Yayasan Budi Penyayang Malaysia (Penyayang) yang memasuki edisi ke-19 ini, mengilhamkan banyak rekaan menarik yang mencabar pereka yang kreatif dan berbakat untuk mencipta batik lebih berkualiti, berasaskan penyelidikan, kepelbagaian teknik penghasilan dan memiliki daya tarikan.

Antara teras utama penubuhan Penyayang adalah menyokong penuh hasrat kerajaan mempromosikan budaya, seni dan warisan negara.

Sejajar itu, Penyayang mengambil inisiatif menganjurkan Pertandingan Rekaan Batik Piala Seri Endon. Sejak 2003, Penyayang melihat peningkatan penyertaan sehingga membolehkan pertandingan ini menjadi saluran untuk memasuki dunia rekaan fesyen, pembuatan produk kelemasan lembut dan kraftangan.

Peserta pertan­dingan terdiri daripada graduan atau pelajar kolej yang menyahut cabaran untuk menguji keupayaan mereka berbanding pereka profesional da­lam industri dan rakan sebaya.

Penyertaan dan penglibatan golongan muda dalam industri penghasilan produk batik membuktikan keberhasilan Penyayang mencungkil bakat baru sebagai pelapis kepada industri batik yang dahulunya dianggap bosan dan tiada nilai komersial.

TIGA KATEGORI

Pada 17 dan 18 Ogos lalu diadakan pusingan separuh akhir Pertandingan Piala Seri Endon edisi ke-19 di Kuala Lumpur. Tiga kategori dipertandingkan iaitu kategori kemasan Lembut (10 penyertaan), Kraftangan (12 penyertaan) dan fesyen (29 penyertaan).

 

 

Trivia Pertandingan Rekaan Batik Piala Seri Endon
 Mula dipertandingan pada 2003, Pertandingan dimulakan dengan satu kategori- iaitu Kategori Fesyen. Kategori Kemasan Lembut diperkenalkan pada 2004, diikuti Kategori Kraftangan pada 2005.
 Penambahan kategori, selaras dengan matlamat Pergerakan untuk meluaskan penggunaan batik bagi menghasilkan produk baru.
 Kategori Fesyen menjadi kategori paling popular dalam kalangan peserta dan mendapat penyertaan paling ramai.
 Piala Seri Endon adalah Pertandingan Rekaan Batik tahunan yang dinamakan sempena nama Allahyarham Tun Endon Mahmood, Pengasas Yayasan Budi Penyayang Malaysia (Penyayang).
 Terbuka kepada kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
 Penyertaan pertandingan ini boleh disertai secara individu atau berpasukan.

 

Senarai 12 finalis :
 G&G
 Syahrul Amirul Samsuri
 Fariznur
 Zimie Panache
 Mohd. Faizul Noorizan
 Fiqbah X Wan Atika
 Andro X C.A.D
 LYZY
 Mohd. Hafiz Drahman
 Loxa X Farrarahim
 Suzieana Rahim
 Anuar & Ajlaa

Kemasan lembut diperkenalkan untuk menggalakkan pemikiran lebih kreatif dalam penggunaan batik untuk hiasan rumah. Objektif kategori ini adalah untuk mempromosikan kepelbagaian pembuatan produk batik. Peserta dikehendaki mempamerkan hasil kerja mereka di bilik-bilik yang disediakan di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur untuk sesi penghakiman.

Krafta­ngan diper­tan­dingkan bagi memenuhi keperluan penghasilan produk kraftangan bercirikan Batik Malaysia, serta menggalakkan inovasi yang lebih besar dari segi produk dan reka bentuk.

Pemikiran lebih kreatif diperlukan kerana kategori ini memiliki potensi besar dalam sektor sosial ekonomi melalui penjualan produk cenderahati kepada pelancong.

Bagi Kategori Kraftangan, peserta perlu menghasilkan tujuh barangan secara keseluruhan, masing-masing satu aksesori fesyen, alat tulis, mainan dan pembungkusan kreatif serta tiga barangan kraf pilihan sendiri.

Fesyen saban tahun menerima jumlah penyertaan tertinggi daripada pereka tempatan untuk mengetengahkan hasil rekaan mereka di pentas peragaan. Pereka perlu menghasilkan empat set pakaian lengkap iaitu 1 set lengkap pakaian formal lelaki, 1 set lengkap pakaian formal wanita, 1 set lengkap pakaian kasual lelaki dan 1 set lengkap pakaian kasual wanita.

Pusingan Separuh Akhir Pertandingan Rekaan Batik Piala Seri Endon minggu lalu menyaksikan persembahan pentas daripada 29 pereka busana batik Malaysia.

Dua pusingan saringan dihadiri Pengasas, Persatuan Pereka Bumiputera Malaysia (MBDA) Bon Zainal Harun (Saringan 1), dan Zain Azrai dari Ketua Sekretariat, Sekretariat Melawat Malaysia 2026 Kemen­terian Pelancongan, Seni dan Budaya (Saringan 2).

KPMG sebagai badan auditor profesional dilantik untuk mengumumkan senarai finalis pertandingan yang layak ke peringkat akhir Pertandingan Rekaan Batik Piala Seri Endon edisi ke-19.

Dalam pusingan akhir hari ini hadiah untuk setiap kategori adalah RM30,000 bagi tempat pertama, RM 10,000 hadiah tempat kedua, RM5,000 hadiah tempat ketiga dan lima (5) hadiah saguhati bernilai RM 1,000 bagi setiap kategori.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN