Dewan Bahasa Pustaka (DBP) yang merayakan sambutan ulang tahun penubuhannya ke-68 semalam, banyak berjasa sebagai agensi yang mendukung dan memartabatkan bahasa Melayu di negara ini. Berdasarkan kepada usia penubuhannya itu , banyak peranan dan sumbangan yang dibuat setakat ini, malah lebih daripada itu. Sempena sambutan ulang tahunnya itu, Ketua Pengarah DBP, Dr. Hazami Jahari berkongsi iltizam agensi tersebut. Kata beliau , sambutan ulang tahun kali ini membawa kelainan kerana diadakan…