Tokoh Budaya Orang Hidup Kebangsaan, Datuk Dr. Aripin Said teruja aksinya menyanyi lagu-lagu rakyat sambil menepuk rebana diabadikan dalam bentuk lukisan oleh pelukis Pahang, Osman Limat baru-baru ini. Keterujaan beliau kerana usaha dan minatnya memartabatkan seni warisan Melayu seperti menepuk rebana sambil menyanyi lagu-lagu rakyat, bersyair, bergurindam dan lain-lain bermula sejak tahun 1970 dihargai orang ! Menurutnya, lagu-lagu rakyat sudah dipersembahkan di televisyen hitam putih tahun 1974 dengan penampilan pertama…