Mencipta kemesraan puisi dalam Cipta Citra

Mencipta kemesraan puisi dalam Cipta Citra

ZURINAH HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Penonton akan disajikan lebih daripada 20 puisi dalam acara Cipta Citra yang diadakan dalam acara dua hari termasuklah antaranya lagu puisi, deklamasi; sajak, syair, gurindam, menora, monolog, monodrama selain puisi diterjemahkan dalam bentuk filem pendek.

Itu yang dijanjikan penganjur Hari Puisi Sedunia yang diadakan selama dua hari bermula 8 Mac ini.

Hari Puisi Sedunia merupakan satu deklarasi yang diangkat oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dalam persidangan umum ke-30 di Paris pada 1999 bertujuan mendukung keragaman bahasa melalui ekspresi puitis dan sastera.

UMAR UZAIR

Malaysia tidak ketinggalan untuk berdiri di hadapan seiring menuju ke arah negara maju.

Bakal berlangsung selama dua hari, program Cipta Citra – Hari Puisi Sedunia akan menampilkan tokoh sasterawan dan seniman terkenal tanah air.

Antaranya Sasterawan Negara, Datuk Dr. Zurinah Hassan, Datin Sofia Jane, Datuk Dr. Lim Swee Tin, Datin Alyah, Umar Uzair, Lin Haslinaz, Shirley Idris dan Aryan Andika serta menerbangkan beberapa seniman antarabangsa iaitu Sastri Bakry mewakili Indonesia, Alena Belozertseva dan Polina Pogadaeva dari Rusia, Suhail Ibn. Shahnawaz dari Kahsmir, India dan Hidayat Nordin dari Singapura.

LIM SWEE TIN

 

Pengarah program, Umar Uzair berkata, acara gemilang pada hari pertama bakal bermula dengan pengembaraan delegasi seniman dalam negara dan anatarabangsa menaiki keretapi laju ETS dari Stesen Kuala Lumpur ke Ipoh.

Seterusnya kata beliau, Konsert Cipta Citra pukul 8.30 malam di Auditorium Kompleks JKKN Perak.

Pada hari kedua pula akan diisi dengan Forum Ramu Puisi Rencah Sasterawan di Taman Rekreasi Gunung Lang dan tayangan filem puisi oleh dua pengarah belia, Syahmi Norsan dan Amen Naqib di Impiana Hotel Ipoh.
“Cipta Citra – Hari Puisi Sedunia yang disokong oleh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya, Kerajaan Negeri Perak, Tourism Perak, JKKN Perak, Majlis Bandaraya Ipoh dan KTM Berhad ini adalah satu lagi usaha memperkasakan sastera dan seni kebangsaan serta mendaulatkan khazanah negara yang disampaikan dalam bentuk persembahan muzikalisasi puisi, muzik, seni dan budaya.

SOFEA JANE

“Selain itu, ia bersesuaian sebagai pengisian dalam Tahun Melawat Perak 2024 ke arah sebuah negara berjati diri dan memiliki kesenian berbahasa yang unggul selain bertujuan menghubungkan seni budaya dan kesusasteraan Malaysia di peringkat antarabangsa, “ ujarnya,.

Mengenai penganjurannya di luar ibu negara, Uzair berkata, antara faktornya, banyak acara seni dan sastera ditumpukan di Kuala Lumpur.

Faktor kedua kata beliau adalah, bagi menyesuaikan dengan program Tahun Melawat Perak 2024

Ini kerana katanya, dalam acara ini juga ada melibatkan delegasi dari luar negara, maka beliau mahu membawa para seniman dan sasterawan dalam acara seperti pengembaraan.

Ia sama seperti apabila beliau mendapat undangan ke luar negara, panitia akan membawanya ke luar dari kota untuk melihat suasana, kesenian, seni bina tempatan.

 

 

 

Tiket-tiket Konsert Cipta Citra yang terhad untuk 300 tempat duduk sahaja berharga RM35 (Hikayat), PRM45 (Panji) dan RM55 (Epik) boleh didapati melalui imbasan kod QR pada poster, Instagram @mejapoedjangga atau melalui aplikasi WhatsApp di 017-7783584.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×