Laksa Sarawak ialah antara hidangan ikonik Bumi Kenyalang, terkenal dengan kuahnya yang sarat aroma rempah dan rasa udang, sekali gus membangkitkan selera sesiapa yang menikmatinya.
Hidangan ini menjadi pilihan ramai untuk sarapan mahupun santapan bersama keluarga, lebih-lebih lagi apabila dinikmati dengan perahan limau kasturi yang menambahkan kesegaran pada setiap suapan.
Kredit resipi: Maslina Inna
Bahan-bahan:
• 1 paket besar pes Laksa Sarawak Hj Manan
• 1/2kg udang
• 2 ketul dada tulang ayam
• 1 keping isi dada ayam
• 4 biji telur
• 1 tin susu cair
• 1 ikat daun ketumbar
• 10 biji limau kasturi
• 1 tin sambal udang Yeos (belacan & cili hidup) dikisar.
• 1 bungkus bihun (direndam dalam masa satu jam dan dicelur dalam air panas sekejap sehingga bihun putih)
Bahan perasa:
• 1 sudu kecil garam
• 1 sudu kecil Ajinomoto
Bahan tumis:
• 1 tin sambal udang Yeos
• 1 inci belacan
• 2 cili hidup
• 1 sudu kecil serbuk cili
(Kisar bahan sambal sehingga halus & ditumis sekejap)
Bahan hiasan:
• Isi dada ayam dicarik
• udang
• Telur dadar (Dipotong halus)
• Daun ketumbar
• Limau kasturi
• Telur padi
Cara penyediaan:
• Rendam bihun selama 1 jam.
• Celur bihun dalam air panas seketika sehingga bihun menjadi putih, kemudian toskan.
• Rebus isi dada ayam, dada tulang ayam dan udang secara berasingan.
• Carik isi dada ayam yang telah direbus untuk dijadikan hiasan.
• Rebus telur dan ketepikan.
• Sediakan telur dadar dan potong halus.
• Kisar kepala udang sehingga halus, kemudian tapis.
Penyediaan bahan tumis:
• Kisar 1 tin sambal udang Yeos, belacan, cili hidup dan serbuk cili sehingga halus.
• Tumis bahan yang telah dikisar seketika sehingga naik bau.
Penyediaan kuah laksa:
• Masukkan air kepala udang yang telah ditapis ke dalam periuk.
• Campurkan air rebusan dada ayam dan udang ke dalam periuk yang sama.
• Masukkan Pes Laksa Sarawak Hj Manan.
• Masukkan bahan tumis yang telah disediakan.
• Tambahkan 1 tin susu cair.
• Masukkan 1 sudu kecil serbuk kari.
• Perasakan dengan garam dan Ajinomoto.
• Kacau sehingga sebati dan biarkan kuah mendidih.
Cara Menghidang:
• Letakkan. bihun di dalam mangkuk.
• Tuangkan kuah Laksa Sarawak secukupnya.
• Letakkan isi dada ayam yang telah dicarik, udang, telur dadar yang dipotong halus dan telur padi.
• Taburkan daun ketumbar.
• Hidangkan bersama limau kasturi yang dipotong dan sedia untuk dinikmati.










