Gado-gado paru

Gado-gado paru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RESIPI Seri minggu ini menampilkan hidangan gado-gado yang cukup popular di Malaysia dan Indonesia.

Ia bukan sahaja mudah disediakan, malah sesuai dijadikan pilihan makanan seimbang dan sihat untuk seisi keluarga.

Untuk rasa yang berbeza, apa kata tambahkan paru ke dalam menu ini. Selamat mencuba!

Bahan kuah:
• 300 gram kacang tanah (disangai dan buang kulit)
• 20 gram cili kering (digunting, buang biji dan rebus)
• 50 gram bawang merah (dimayang)
• 3 gram belacan
• 50 gram asam jawa (dijadikan jus)
• 100 gram gula merah (dibancuh bersama air panas dan tapis)
• Gula dan garam secukupnya

Cara penyediaan:
• Goreng cili kering, bawang merah dan belacan hingga garing, kemudian ketepikan.
• Kisar bahan goreng bersama jus asam jawa hingga halus.
• Kemudian campurkan dengan kacang tanah kisar, gula merah, gula dan garam.
• Tambah air dan masak hingga kuah pekat.

Bahan gado-gado:
• 3 keping tauhu
• 1 keping tempe (dipotong dadu)
• 5 biji telur
• 300 gram kacang panjang (dipotong 4 sentimeter)
• 500 gram kangkung (dipotong 4 sentimeter)
• 500 gram tauge
• 300 gram paru

Cara penyediaan:
• Goreng tauhu hingga kekuningan, kemudian hiris nipis.
• Goreng tempe hingga kekuningan.
• Rebus telur, kupas dan potong kepada empat bahagian.
• Celur kacang panjang dan kangkung.
• Rebus paru hingga empuk, kemudian hiris nipis dan gaul dengan garam serta kunyit sebelum digoreng garing.
• Hidangkan bersama kuah.

Kredit: Arma Mohd. Faizal Abu Bakar, Pensyarah Kanan, UiTM Cawangan Terengganu
Instagram : @armafyzal

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN