Ikan masak lemak cili api bangkitkan selera

Ikan masak lemak cili api bangkitkan selera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kredit: Sous chef, Shabani Md. Akhir, Hotel Dorsett Grand Subang

Bagi orang Negeri Sembilan, hidangan masak lemak cili api memang tidak boleh dipisahkan dari meja makan.

Menu klasik ini menjadi sajian wajib yang membangkitkan selera, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan.

Untuk kelainan, cuba masak lemak cili api menggunakan ikan tenggiri pula.

Selain dinikmati dengan nasi panas, kuah gulai ini juga enak dicicah bersama cekodok semasa moreh atau bersahur.

Bahan-bahan:
– 700 gram ikan tenggiri
– 160 gram bawang besar
– 120 gram bawang kecil
– 120 gram bawang putih
– 3 batang serai (diketuk)
– 90 gram kunyit
– 100 gram cili padi
– 60 gram cili merah
– 450ml santan
– 1 helai daun kunyit
– 4 keping asam keping
– Garam dan perasa secukupnya
– Tomato dan daun ketumbar (untuk hiasan)

Cara penyediaan:
– Masukkan bawang besar, kecil dan putih diikuti serai, cili padi dan santan.
– Kemudian masukkan kunyit hidup dan daun kunyit.
– Kacau perlahan sehingga panas dan masukkan ikan.
– Letakkan asam keping, garam dan perasa secukupnya.
– Hiaskan dengan buah tomato dan daun ketumbar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN