Peminat makanan cina pastinya tahu keenakan ladu (dumpling). Proses membuat ladu sememangnya agak susah, namun jangan risau ia banyak dijual di pasaran dalam bentuk sejuk beku. Kali ini, Seri kongsikan resipi sup ladu versi ringkas oleh Siti Hasmah Abu Hasan menggunakan ladu sejuk beku. Sup ini ala masyarakat Cina dengan penggunaan minyak bawang putih dan halia serta minyak bijan. Istimewanya, minyak bawang putih dan halia disediakan terlebih dahulu sebelum digunakan…