MINGGU ini Seri tampilkan resipi cantik dan menawan, berupa kek cawan dihias indah dalam bentuk jambangan bunga, Cup Cake Bouquet.
Keistimewaan jambangan ini kerana dekorasinya dan warna bunganya yang mengambil masa empat jam untuk disudahkan.
Cantik bagaikan bunga hidup hingga sayang untuk dimakan.
Ketelitian kerja tangan, menjadikan ia antara pilihan bingkisan ulang tahun atau penyeri dulang hantaran.
Sekiranya anda ingin berkongsi resipi, sila emel ke [email protected]
KRIM
Bahan-bahan:
1 kilogram krimwell
500 gram (g) majerin
400g gula aising
Pewarna
Bahan-bahan:
125g gula kastor
125g tepung naik sendiri
1/4 sudu kecil soda bikarbonat
125g mentega
2 biji telur gred A
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu besar susu penuh krim
Cara penyediaan:
1. Ayak gula kastor, tepung naik sendiri dan soda bikarbonat dalam bekas pengadun.
2. Tambah majerin dan telur.
3. Pukul selama seminit (kaut tepi mangkuk supaya adunan menjadi rata).
4. Tambah esen vanila dan susu penuh krim.
5. Pukul selama 30 saat.
6. Timbang adunan (40g setiap cawan atau cup saiz L).
7. Panaskan ketuhar 150 darjah celsius selama 10 minit.
8. Bakar kek dan susun ikut jarak dalam loyang pembakar selama 22 minit.
Terima kasih,
NUR FASIHATUL HAFIZAH MOHD. KAMAROLZAMAN
FB: Ummi Walid Kitchen










