KITA selalu didedahkan dengan gaya hidup mewah bintang bola sepak berstatus dunia. Dalam dunia bola sepak terutama di Eropah, bintang ini disadur dengan populariti di luar padang yang sememangnya indah pada pandangan mata ramai. Di Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Cerita-cerita pemain bola sepak menjadi tumpuan daripada kerjaya sehinggalah kepada kehidupan peribadi. Bagaimanapun, cerita tentang kesusahan bekas pemain bola juga bukan sesuatu yang baharu. Banyak kisah bekas pemain bola sepak…