Bagi ramai rakyat Malaysia, kesihatan mulut hanya diberi perhatian apabila mengalami sakit gigi atau gusi. Pemeriksaan gigi secara berkala pula sering dianggap tidak penting. Namun, sikap sambil lewa ini boleh mencetuskan pelbagai masalah, termasuk kerosakan gigi dan penyakit gusi yang semakin teruk, malah meningkatkan risiko masalah penghadaman. Perkara ini mungkin mengejutkan apatah lagi mulut dan usus dilihat sebagai dua sistem berasingan. Menurut Dekan Fakulti Pergigian Universiti IMU, Prof. Seow Liang…










