sokongan bantu wanita lonjak perniagaan

Sokongan bantu wanita lonjak perniagaan

Parzeen (kanan) bersama pelajar kelas jahitannya di Sabah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERNIAGA adalah satu-satunya cara untuk membantu wanita lain. Itu kata azimat dipegang Pengasas Give One For Two, Parzeen Shazila ketika mula-mula membuka perniagaan fesyennya di Sabah.

Apatah lagi, sekembalinya ke Sabah pada 2018, wanita berusia 37 tahun ini mendapati negeri kelahirannya itu antara yang mencatatkan kadar pengangguran tertinggi di negara ini.

“Enam bulan saya cari kerja namun tidak berhasil kerana peluang pekerjaan sangat kurang. Akhirnya, saya nekad membuka perniagaan fesyen bersama seorang rakan memandangkan saya ada latar belakang pendidikan berkaitan fesyen.

“Kebetulan pada 2020 pandemik melanda, saya jual pelitup muka dan tidak sangka ia ‘meletup’ sehingga saya terpaksa upah orang menjahit.

“Ketika itulah ramai suri rumah yang minta kerja dengan saya kerana mahu membantu ekonomi keluarga. Baharu saya sedar rupanya ramai wanita yang mahu bekerja cuma tiada peluang,” katanya ditemui pada Majlis Makan Malam Gala Akademi Usahawan Wanita (AWE) 2024 dan Majlis Graduasi Kohort keempat AWE di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Parzeen salah seorang peserta yang bergraduasi pada malam itu.

AWE merupakan program pertukaran Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) yang memperkasakan wanita dengan pengetahuan, kemahiran dan rangkaian diperlukan untuk membangunkan perniagaan yang berjaya di peringkat global.

Di Malaysia, AWE adalah sebahagian daripada inisiatif Pemerkasaan Wanita Kedutaan AS di Kuala Lumpur yang meningkatkan akses kepada
pendidikan, kemajuan, kesetaraan ekonomi selain mengatasi halangan kepada kesaksamaan.

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Keluarga (PPKWKMADCash) Selain menjalankan kelas menjahit kepada wanita, anak kelahiran Kota Kinabalu itu turut menjual barangan fesyen bermotifkan etnik Sabah.

“Saya mengikuti program AWE ini supaya saya dapat memperluaskan jaringan dalam bidang perniagaan.

“Saya mengimpikan untuk membawa motif etnik Sabah ini ke New York yang terkenal sebagai kota fesyen kerana motif-motif tempatan ini unik, menarik dan ada cerita tersendiri.

Bagi tujuan itu, saya akan mengadakan perbincangan dengan kedutaan dan MADCash tidak lama lagi,” jelasnya.

BANTU EKONOMI KELUARGA

Pengasas Bakeri Sconesfinity, Nurul Farah Nihayat Abdullah berkata, dorongan yang betul membantu wanita memiliki masa depan yang cerah dalam bidang perniagaan.

Beliau yang juga peserta yang bergraduasi pada malam tersebut berkata, perniagaan bakeri dijalankan secara kecilkecilan di Kota Bharu, Kelantan boleh dikembangkan lagi bagi membantu wanita lain di kampung berkenaan.

Nurul Farah berhijrah ke pantai timur mengikut suaminya berkata, pada awalnya dia berniaga pemanis mulut sekadarm membantu meringan beban suami dan meningkatkan ekonomi keluarga.

“Namun lama-kelamaan saya rasa lost kerana tidak ada asas perniagaan dan tidak tahu bagaimana cara untuk kembangkan lagi perniagaan.

“Bila saya masuk ke komuniti AWE ini saya nampak banyak lagi yang boleh dilakukan untuk meningkatkan ekonomi wanita setempat.

Misalnya, saya bercadang membuka bengkel membuat pemanis mulut dan saya rasa itu membantu wanita lain untuk turut memulakan perniagaan,” katanya.

NURUL Farah mahu kembangkan perniagaan pemanis mulut mahu membantu wanita setempat.

BIMBING WANITA BERNIAGA

Pengasas MADCash, Nuraizah Shamsul Baharin berkata, setakat ini program berkenaan berjaya membimbing 240 usahawan wanita sejak 2020.

Ia merupakan usaha signifikan daripada kedutaan AS yang MADCash dalam memperkasakan sumbangan ekonomi dalam kalangan
wanita di negara ini.

Ujarnya, wanita sememangnya mempunyai keberanian dan minat dalam dunia perniagaan, namun mereka kurang sokongan.

“Kebanyakan peniaga kecil-kecilan gemar semua benda mereka buat sendiri dan akhirnya kekurangan motivasi kerana tiada sokongan.

“Program kerjasama ini bertujuan memberi sokongan kepada mereka dan berikan idea-idea daripada orang-orang berpengalaman dalam industri untuk melonjakkan perniagaan mereka.

“Misalnya, kami lihat ramai wanita yang buat perniagaan makanan tapi selalunya masih guna kaedah lama, buat hari ini jual hari ini. Jadi, kami cadangkan mereka guna teknologi retort dan sebagainya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×