Kulit sihat, berseri dengan ekstrak akar astragalus

Kulit sihat, berseri dengan ekstrak akar astragalus

Ekstrak akar astragalus membranaceus membantu melembapkan, menenangkan dan melindungi kulit daripada kerengsaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AKAR astragalus membranaceus atau nama lainnya huang qi dan akar milk vetch sudah digunakan sejak sekian lama dalam amalan perubatan tradisional Cina.

Herba semula jadi ini kaya dengan pelbagai khasiat, khususnya dalam membantu meningkatkan kesihatan tubuh secara menyeluruh.

Kini, ekstraknya turut digunakan dalam dunia kecantikan, apabila diangkat sebagai bahan utama oleh jenama penjagaan kulit terkenal Korea, Pyunkang Yul.

Ketua Pegawai Eksekutif Pyunkang Korean Medicine Skin Laboratory, Eric Kim berkata, sifat anti-radang dan antioksidan herba itu membantu melembapkan, menenangkan serta melindungi kulit daripada kerengsaan.

“Dalam masa sama, ia turut menguatkan lapisan pelindung kulit dari dalam, sekali gus menjadikannya lebih sihat dan seimbang.

“Dengan kepakaran lebih 50 tahun merawat masalah kulit atopik dan sensitif, kami menawarkan formulasi minimalis berprestasi tinggi yang direka bagi memulihkan keseimbangan kulit,” katanya baru-baru ini.

Antara rangkaian penjagaan kulit terlaris Pyunkang Yul yang diformulasikan daripada ekstrak akar astragalus membranaceus ialah Calming dan Barrier.

Katanya, Calming ialah penyelesaian khusus untuk kulit sensitif dan mudah berjerawat yang menggabungkan herba menenangkan dengan kawalan sebum.

Ia dapat meredakan kerengsaan di samping mengekalkan keseimbangan minyak dan air.

Produk dalam rangkaian ini terdiri daripada krim, toner, pencuci muka berbuih pH rendah, serum pelembap dan krim pelindung matahari.

Rangkaian Barrier pula memfokuskan kepada pemulihan kulit dengan menguatkan lapisan pelindung, mengunci kelembapan dan menyokong kesihatan kulit jangka panjang.

Ia sesuai untuk kulit kering dan sensitif yang merangkumi toner esen, pek masker esen lembapan, balsem pencuci mendalam, krim, serum pelembap dan stik perlindungan matahari Airy.

Tembusi pasaran Malaysia

Produk Pyunkang Yul yang diperkenalkan pada 2016 telah menembusi lebih 50 negara dengan terbaharu di Malaysia.

Ia kini boleh didapati di semua cawangan Guardian di seluruh negara.

Kata Eric, Malaysia ialah pasaran strategik utama bagi Pyunkang Yul dalam usaha untuk mengembangkan kehadiran jenama itu di Asia Tenggara.

“Walaupun telah membina pengikut global yang kukuh melalui saluran digital, pelancaran ini menandakan satu langkah penting dalam membawa produk kami ke peruncitan fizikal dan lebih dekat dengan pengguna.

“Apatah lagi permintaan terhadap penjagaan kulit lembut dan efektif semakin meningkat, khususnya dalam kalangan mereka yang berkulit sensitif.

Sementara itu, Ketua Jabatan Penjagaan Kulit Guardian Malaysia, Stephy Siew komited membawa penyelesaian kesihatan dan kecantikan dipercayai kepada para pelanggan.

“Warisan kukuh Pyunkang Yul dalam perubatan tradisional Korea dan tumpuan terhadap kulit sensitif menjadikannya sebagai nilai tambah dalam portfolio penjagaan kulit kami,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN