Tidak seperti bahagian kulit badan yang sentiasa dilindungi oleh pakaian yang dipakai, kulit wajah terdedah sepenuhnya kepada pelbagai faktor luaran setiap hari.
Antaranya seperti sinaran ultraungu (UV), pencemaran udara, perubahan suhu, habuk dan cahaya biru daripada skrin digital.
Pendedahan berterusan ini menjadikan kulit wajah lebih mudah kering, kusam dan timbul tanda-tanda penuaan awal berbanding kulit badan.
Pengarah Pemasaran Fresh Line (Yunani), Giota Ntarachani berkata, bagi memberi lebih perlindungan kepada kulit wajah, satu formulasi khas dibangunkan jenama ini dengan menggunakan mikroalga.
Katanya, mikroalga laut dipilih berbanding dari air tawar, kerana mempunyai keupayaan tinggi untuk menghasilkan oksigen.
Berdasarkan kajian, produk berasaskan mikroalga laut mampu menunjukkan potensi untuk menyerap karbon dioksida dari persekitaran.
“Lebih menarik, mikroalga laut kaya dengan nutrien penting seperti asid amino, vitamin, mineral dan antioksidan.
“Ini menjadikan bahan aktif ini bernilai sangat tinggi dalam produk penjagaan wajah,” katanya.

Pelembap semula jadi
Kelebihan mikroalga, membantu menyeimbangkan semula kulit yang terdedah kepada pencemaran dan radikal bebas, iaitu faktor utama penyumbang penuaan kulit.
Justeru, katanya, bahan yang merupakan mikroskopik itu, yang digunakan dalam produk penjagaan wajah berperanan mengekalkan keanjalan semula jadi kulit.
“Mikroalga berfungsi seperti span, yang membantu mengekalkan kelembapan dalam kulit.
“Bahan ini bermanfaat untuk individu berkulit kering atau sensitif kerana akan menjadikan wajah lebih lembap, lembut dan segar,” ujarnya.
Selain dapat memberi hidrasi kepada kulit muka, mikroalga juga menghalang penghasilan melanin berlebihan.
Seterusnya, ia membantu mengurangkan pigmentasi dan mencerahkan kulit secara semula jadi.
Selain itu, mikroalga berupaya membersihkan liang pori, mengurangkan minyak berlebihan, sekali gus dapat mengurangkan pertumbuhan jerawat.
Hal ini kerana, katanya, mikroalga mempunyai kebolehan menyerap toksin di wajah.
Pada masa sama, jelas Giota, kandungan nutrien yang tinggi di dalamnya merangsang pembaharuan sel kulit lalu menjadikan wajah kelihatan lebih muda, segar dan berseri.
Sementara itu, katanya, tumbuhan laut itu juga mampu menyokong kesihatan kulit secara menyeluruh.
Air laut diambil berdasarkan kualiti yang tinggi dapat memberi kelembapan mendalam yang bertahan sehingga 12 jam lamanya.
Malah ujarnya, krim hidrasi daripada Fresh Line itu bebas daripada silikon, paraben, bahan yang diuji ke atas haiwan dan minyak mineral, menjadikannya pilihan yang lebih selamat dan mesra pada kulit.











