Ekstrak mulberi, kiwi rawat kulit

Ekstrak mulberi, kiwi rawat kulit

TREND ekstrak superfruit makin meluas digunakan kerana mengandungi bahan bersifat semula jadi dan berkesan kepada kulit.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MULBERI dan kiwi tergolong dalam kelompok superfruit atau buah-buahan yang tinggi nutrisi dan bermanfaat kepada kesihatan.

Antara nutrisi itu ialah antioksidan, serat, vitamin, mineral dan lain-lain lagi.

Selain untuk kesihatan, ekstrak buah berkenaan juga mampu merawat kulit wajah agar tampak lebih cerah dan kekal sihat.

Kaya dengan Vitamin K, C di samping E, kelebihan itu sekali gus menjadikan mulberi dan kiwi sering digunakan dalam formulasi produk kecantikan di pasaran.

Malah antioksidan yang tinggi mampu melawan tanda-tanda penuaan dan menyerlahkan lagi keserian kulit seseorang.

Penolong Pengurus Besar Mandom Malaysia, Kyohei Yoshioka berkata, kebanyakan jenama kecantikan kini amat mengutamakan ekstrak superfruit sebagai rumusan khas dalam rangkaian penjagaan kulit yang dikeluarkan.

Katanya, trend itu makin meluas kini kerana bahan-bahan yang digunakan bersifat semula jadi dan berkesan kepada kulit.

Serentak itu, ujarnya, Mandom Malaysia yang merupakan pengedar produk kosmetik berjenama Pixy turut mengambil pendekatan sama dengan memperkenalkan siri baharunya, Glowssentials.

Jelasnya, pembaharuan itu selaras misi untuk mengukuhkan kedudukan Pixy sebagai jenama kecantikan.

Perkenal Pixy Glowssentials

Menurut Yoshioka, Glowssentials yang digabungkan daripada perkataan glow (seri) dan essentials (keperluan) adalah barisan penjagaan kulit besar-besaran pertama syarikat itu dengan mempertaruhkan ekstrak superfruit iaitu mulberi dan kiwi di samping vitamin penting.

Katanya, campuran unik itu sekali gus dapat menyuburkan sel kulit di dalam lapisan epidermis, serta menggalakkan kulit menjadi lebih sihat, bermaya dan berseri.

“Apabila kulit sihat dan dilindungi daripada bakteria dan radikal bebas, ia bukan sahaja kelihatan cerah, malah menyerlah secara semula jadi.

“Rangkaian Pixy Glowssentials terbahagi kepada dua iaitu Light Radiance dan Pollution Off dengan menampilkan ciri-ciri utama seperti formula yang ringan serta menyerap cepat ke dalam kulit tanpa meninggalkan rasa melekit,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran di Ampang baru-baru ini.

Formulasi itu diuji secara klinikal bagi memastikan keberkesanan dan keselamatannya dalam rutin penjagaan kulit harian pelanggan.

Kulit cerah, bebas pencemaran

Light Radiance yang dirumus dengan ekstrak mulberi, vitamin B3 dan provitamin B5 berfungsi mencerahkan kulit selain mengekalkan kesihatan serta menyerlahkannya.

Siri ini menampilkan pembersih solekan di samping pencuci muka dengan buih lembut, topeng muka, krim pencerah, pelindung matahari dan penyegar.

Pollution Off pula bersifat anti bakteria bagi melindungi kulit daripada pencemaran alam sekitar menerusi formulasi ekstrak kiwi, vitamin E dan provitamin B5.

Rangkaian ini merangkumi pencuci muka, skrub, pelembap gel, pelembap harian dengan perlindungan matahari di samping penyegar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya