UKM terima pengiktirafan 'The Most Influential Innovators' - Utusan Malaysia

UKM terima pengiktirafan ‘The Most Influential Innovators’

Dr. Abdul Wahab Mohammad memegang trofi Clarivate South and South East Asia Innovation Awards yang dirangkul oleh UKM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dinobat sebagai penerima anugerah The Most Influential Innovators’ di South and South East Asia Innovation Awards bagi kategori institusi akademik.

Pengiktirafan tersebut sekali gus menjadikan universiti berkenaan sebagai satu-satunya universiti tempatan mengungguli anugerah berkenaan.

Selain itu, ini bermakna UKM kini sudah berada sebaris dengan beberapa buah universiti lain seperti National University of Singapore dan Hanoi University of Science and Technology.

Pengumuman itu dibuat oleh Clarivate di Innovation Forum yang diadakan pada 18 dan 19 November 2020. Kriteria The Most Influential Innovators dibuat berdasarkan analisis jumlah paten, jumlah citation, kejayaan paten dan tahap globalisasi.

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Datuk Ir. Dr. Abdul Wahab Mohammad berkata, anugerah itu adalah satu pengiktiran diberikan oleh Clarivate kepada perubahan yang telah dilakukan oleh UKM dalam inovasi dan paten (pengkomersilan).

Katanya, UKM mengangkat kepentingan inovasi apabila menubuhkan Pusat Inovasi sejak 2010 dan bermula dari situ kita sudah memulakan pengukuhan inovasi secara berpusat.

“Daripada situ juga UKM terus menghasilkan inovasi bagi meningkatkan penyelidikan universiti ini. Kita nak mengubah inovasi ini menjadi satu budaya di UKM,” katanya dalam kenyataan akhbar baru-baru ini.

Tambahan lagi, UKM turut menjadikan penganugerahan tersebut sebagai satu komponen penting untuk terus membudayakan inovasi penyelidikan.

“Kita akan terus meningkatkan kepentingan paten melalui salah satu syarat alternatif kepada pelajar pasca siswasah untuk bergraduat.

“Selain menghasilkan penerbitan, mereka perlu menghasilkan inovasi dan meningkatkan paten untuk pengkomersilan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN