Buang ego, bukan silaturahim – Saiful Apek - Utusan Malaysia

Buang ego, bukan silaturahim – Saiful Apek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelawak senior, Saiful Apek tampil memberi teguran halus buat Jep dan Shuib yang sebelum ini merupakan anggota kumpulan Sepahtu susulan konflik yang kembali hangat menjadi perhatian sejak semalam.

Saiful atau Mohd Saiful Azam Mohamed Yusoff berkata, menitipkan pesanan agar setiap perselisihan faham diselesaikan dengan mengetepikan ego tanpa mengorbankan hubungan persahabatan yang telah lama terjalin.

“Jika kukumu panjang, potonglah kukumu, bukan jarimu. Jika rambutmu panjang, potonglah rambutmu, bukan kepalamu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika berlaku perbalahan, buanglah egomu, bukan silaturahimmu,” tulisnya di Threads.

Saiful berkata demikian ketika membalas perkongsian seorang individu yang berharap kemelut membabitkan kedua-dua pelawak berkenaan kembali jernih.

Dalam perkongsian sama, anggota kumpulan Senario itu turut mengingatkan tentang kepentingan memelihara hubungan persaudaraan meskipun berdepan perselisihan faham.

“Ukhuwah ibarat tasbih. Ada permulaan, takkan ada pengakhiran,” jelasnya.

Terdahulu, konflik antara dua pelawak itu kembali menjadi perhatian ramai selepas Jep mengakui sudah terlalu muak apabila isu membabitkan persahabatannya dengan Shuib dijadikan bahan untuk kepentingan atau pemasaran.

Kemelut itu dipercayai mula tercetus selepas Shuib bersama seorang lagi bekas anggota Sepah, Mamat tampil secara sinis membangkitkan isu bayaran melibatkan kumpulan mereka sebelum membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini