Saya sangat bertuah Tun Dr Siti Hasmah sudi hadir majlis pelancaran album pertama saya - Shila Amzah

Saya sangat bertuah Tun Dr Siti Hasmah sudi hadir majlis pelancaran album pertama saya – Shila Amzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Turut mengenang momen manis bersama Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, penyanyi, Shila Amzah menyifatkan isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu sebagai seorang tokoh yang lemah lembut dan baik hati.

Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah turut menyifatkan dirinya bertuah apabila Allahyarhamah pernah hadir pada majlis pelancaran album pertamanya pada 1999.

“Innalillahiwainnailaihirojiun atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali. Saya masih ingat betapa lemah lembut dan baiknya hati Allahyarhamah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sangat bertuah beliau sudi hadir majlis pelancaran album pertama saya pada tahun 1999. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat,” katanya di Instagram.

Penyanyi lagu Patah Seribu itu mengimbau kenangan tersebut selepas menerima berita pemergiannya pagi tadi, selain turut berkongsi beberapa keping
foto lama dirinya bersama Allahyarhamah ketika majlis berkenaan.

Tun Dr. Siti Hasmah meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi hari ini di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada usia 100 tahun. Berita pemergian Allahyarhamah disahkan oleh anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir.

Difahamkan, Allahyarhamah telah dibawa ke Masjid As Syarif Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan bagi proses pengurusan jenazah dan solat dasebelum dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya selepas Asar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×