PETALING JAYA: Pengarah, Razaisyam Rasyid, menyifatkan teknik campuran bunyi menggunakan julat dinamik luas (wide dynamic range) dalam filem Terbang sebagai antara pengalaman terbaik yang pernah dirasainya dalam menonton filem tempatan di samping memuji keseluruhan aspek teknikal karya berkenaan.
Razaisyam Rasyid, 41, berkata, penggunaan teknik berkenaan menghasilkan bunyi yang lebih jelas dan menjadi antara keistimewaan filem Terbang yang hanya dapat dirasai sepenuhnya di pawagam.
“Menonton Terbang, filem yang sangat-sangat-sangat baik. Ini lah filem yang kita Campuran bunyi filem ini menggunakan julat dinamik luas yang paling cemerlang pernah saya rasa. Ini awak tidak boleh dapat di mana-mana kecuali dalam pawagam sahaja.
“Jalan ceritanya menarik, persembahan pelakonnya mantap dan aspek teknikalnya juga hebat,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.
Dalam pada itu, Razaisyam turut menyifatkan filem Terbang sebagai filem yang sangat baik dan menganggap filem berkenaan memenuhi keperluan filem tempatan ketika ini.
“Ini ialah filem yang kita perlukan sekarang kerana memberikan sebuah makna Malaysia. Sudah lama saya tidak menonton filem tempatan yang terasa semangatnya, meremang, sebak, gembira bercampur segala macam. Zizan sangat bagus dalam itu,” katanya.
Filem Terbang dibintangi oleh Irfan Zaini sebagai teraju utama, disokong oleh barisan pelakon hebat seperti Zizan Razak, Jack Tan, Shweta Sekhon, Namron, dan Diana Danielle.










