Atikah Suhaime berbelah bahagi kembali berlakon, berat hati tinggalkan anak - Utusan Malaysia

Atikah Suhaime berbelah bahagi kembali berlakon, berat hati tinggalkan anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Datin Atikah Suhaime mengakui berbelah bahagi untuk kembali aktif dalam bidang lakonan di saat anak perempuannya, Lyla Mulan Teh sedang membesar.

Menurut Atikah, dia berasa berat hati untuk berjauhan dengan puteri kesayangannya itu dalam tempoh waktu yang lama apabila terikat dengan jadual penggambaran

“Bukan saya tidak mahu berlakon, tetapi inilah yang membuatkan saya berat hati. Saya tidak berjumpa dengannya seharian, dari pukul 9 pagi hingga 10 malam kerana menjalani penggambaran My Stupid Boss 3 di Jakarta.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Adik ipar sudah membawanya berjalan-jalan di sekitar Jakarta, pergi ke ladang, berenang dan melakukan pelbagai aktiviti.

“Namun, wajahnya masih kelihatan sedih kerana mummy tiada bersamanya. Melihat keadaan itu benar-benar meruntun hati saya,” katanya menerusi satu perkongsian di media sosial.

Dalam masa sama, Atikah memberi bayangan dirinya belum bersedia untuk menerima komitmen lakonan drama sehingga anaknya benar-benar bersedia untuk berjauhan dengannya.

“Saya hanya akan mula berlakon drama apabila dia sudah bersedia,” katanya.

Selepas melahirkan Lyla Mulan Teh pada Mac 2025, Atikah memilih untuk memperlahankan kerjaya lakonan kerana mahu memberi tumpuan kepada anak.

Untuk info, Atikah berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh pada 21 Januari 2024.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini