Saya memang minat dia, tapi tolong jangan pijak penyanyi rap lama - Kid Santhe - Utusan Malaysia

Saya memang minat dia, tapi tolong jangan pijak penyanyi rap lama – Kid Santhe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi rap, Kid Santhe, tegas menolak untuk memulaukan artis rap muda, Lucidrari, yang melemparkan kritikan terhadap penyanyi veteran hip hop tempatan atau dikenali sebagai Original Gangster (OG).

Kid Santhe atau Parssanth Navaratnam, berkata, dia tidak mengatakan tindakan penyanyi rap berkenaan seratus peratus betul walaupun dia sendiri meminati penyanyi rap tersebut.

“Saya rasa sedih sedikit sebab saya suka lagu dia. Tapi, adakah saya rasa benda itu betul? Tidak. Adakah saya rasa dia patut dipulaukan? Tidak juga sebab untuk generasi seterusnya siapa lagi yang akan membawa muzik hip hop di Malaysia jika bukan dia.

“Memang ramai orang berbakat di Malaysia dan antaranya adalah dia. Jangan boikot sebab saya memang suka lagu-lagu dia,” katanya.

Kid Santhe berkongsi perkara berkenaan ketika ditemui semasa sidang media Aku Level Lain, Kid Santhe X Raf Rhaled di Laya Skylounge, di sini, semalam.

Tambah Kid, Kid menjelaskan bahawa tindakan penyanyi rap yang dilabelnya sebagai Budak Baru Nak Up (BBNU) itu sepatutnya dimaafkan walaupun tindakannya itu sebenarnya salah.

“Dia boleh dikatakan BBNU tetapi dia sudah ada nama yang kukuh. Saya harap semua orang boleh maafkan dia.

“Dia punya perangai itu dia memang bawa perangai Hip Hop tapi cara dia sampaikan itu salah. Itu jawapan saya.

“Saya memang mahu buat kolaborasi bersama dia sebelum ini. Tetapi masa tidak mengizinkan. Dia pun pernah hubungi saya juga dulu,” katanya.

Dalam pada itu, Kid menegaskan supaya penyanyi rap berkenaan lebih menghormati penyanyi rap yang lebih senior dan memberi ruang untuk penyanyi rap akan datang.

“Ada banyak cara untuk menegur. Jangan pijak penyanyi rap lama dan tolong bagi ruang untuk generasi akan datang. Semudah itu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN