Lima lagi barisan artis bakal memeriahkan Latihan Pestapora Malaysia 2026 - Utusan Malaysia

Lima lagi barisan artis bakal memeriahkan Latihan Pestapora Malaysia 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Festival muzik rentas budaya, Latihan Pestapora Malaysia 2026 mengumumkan lima lagi artis yang bakal melengkapkan barisan persembahan festival itu di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada 15 Ogos ini.

Menerusi satu kenyataan, festival muzik rentas budaya anjuran Hitman Solutions dan Boss Creator itu mengumumkan barisan artis Fasa 2 kurang sebulan sebelum festival berlangsung, sekali gus melengkapkan senarai artis di festival tersebut.

Barisan Fasa 2 itu membabitkan Tipe-X dan Last Child dari Indonesia, selain Ruffedge, Lah Ahmad serta DJ Disko Santan & Friends dari Malaysia.

Menurut kenyataan itu, pengumuman tersebut melengkapkan barisan artis yang menghimpunkan penghibur dari Malaysia dan Indonesia dalam sebuah festival yang meraikan kepelbagaian muzik, budaya serta semangat serumpun.

“Last Child bakal membuat penampilan pertama di Malaysia, manakala Tipe-X dijangka menghiburkan peminat menerusi irama ska yang menjadi identiti kumpulan itu.

“Manakala, Ruffedge dan Lah Ahmad pula akan mengubat kerinduan peminat muzik R&B tempatan menerusi rangkaian lagu malar segar, manakala DJ Disko Santan & Friends melengkapkan pengalaman festival dengan seleksi muzik sepanjang acara,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, festival berkenaan dijangka berlangsung selama 12 jam dengan menampilkan keseluruhan 15 artis dari Malaysia dan Indonesia, selain pelbagai aktiviti sampingan.

Bagi meningkatkan keselesaan pengunjung, setiap pemegang tiket akan menerima sebotol air mineral percuma ketika memasuki festival, selain kemudahan stesen isian semula air disediakan sepanjang acara.

Tambahnnya, pengunjung turut boleh menikmati pelbagai pilihan makanan dan minuman yang disediakan oleh vendor sepanjang festival berlangsung.

Sementara itu, jualan tiket kini memasuki kategori General Admission Phase 2 pada harga RM249.

Penganjur turut menawarkan promosi Bundle Pesta, iaitu pembelian empat tiket General Admission (GA) pada harga Fasa 1 akan menerima satu tiket GA secara percuma bagi pembelian berkumpulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN