Festival muzik indoor pertama, himpunkan enam artis di Ruang Nyaman Fest - Utusan Malaysia

Festival muzik indoor pertama, himpunkan enam artis di Ruang Nyaman Fest

Ruang Nyaman Fest
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ruang Nyaman Fest bakal mencipta kelainan menerusi penganjuran festival muzik indoor premium yang menghimpunkan enam artis Indonesia dan satu artis Malaysia di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 14 November ini.

Festival anjuran Thrive Events itu menampilkan Cakra Khan, Sammy Simorangkir, Idgitaf, Kaleb J dan Pusakata dari Indonesia, selain penyanyi tempatan, Najmi Niery.

Pengasas Ruang Nyaman Fest, Haqimi Zamri berkata, festival itu diwujudkan bagi menawarkan pengalaman berbeza berbanding konsert solo dengan menghimpunkan beberapa artis dalam satu persembahan.

Ruang Nyaman Fest

Katanya, peminat dapat menikmati enam persembahan menerusi satu tiket dalam suasana indoor yang lebih selesa, premium dan eksklusif.

“Ringkasnya, peminat membayar lebih rendah tetapi menikmati lebih banyak persembahan dalam suasana indoor yang selesa, premium dan eksklusif.

“Kami mahu menterjemahkan rasa nyaman menerusi barisan artis yang dipilih berdasarkan kekuatan karya, identiti dan kualiti persembahan masing-masing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Ruang Nyaman Fest bukan sekadar konsert, sebaliknya ruang untuk peminat menikmati muzik dalam suasana yang lebih intim dan berkualiti.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Thrive Events, Hamka Mohd. Taufik berkata, festival tersebut menawarkan nilai tambah kepada peminat kerana menghimpunkan enam persembahan utama menerusi satu tiket.

“Walaupun harga tiket mesra peminat, keseluruhan pengalaman yang ditawarkan kekal premium dan eksklusif,” katanya.

Antara tarikan utama festival ini ialah kemunculan Cakra Khan yang kembali membuat persembahan di Malaysia menerusi festival itu.

Format indoor turut menawarkan suasana yang lebih selesa, terkawal dan eksklusif tanpa perlu merisaukan keadaan cuaca.

Tiket ditawarkan dalam kategori Adinda pada harga RM249, Nanti RM349, Dia RM399, Dekati RM449, Mengudara RM499, Cahaya RM699 dan Kita, kategori tempat duduk pasangan, pada harga RM1,699 MyTicketEmpire.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN