Drama pertama saya adalah bersama Allahyarhamah Lydia Ibtisam - Zoey Rahman - Utusan Malaysia

Drama pertama saya adalah bersama Allahyarhamah Lydia Ibtisam – Zoey Rahman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Zoey Rahman mendedahkan bahawa drama pertama yang dibintanginya adalah bersama Allahyarhamah Lydia Ibtisam yang baru sahaja menghembuskan nafas terakhirnya pada hari ini, Isnin.

Zoey atau Mohd Hairey Azhar Abd Rahman, 41, berkata, pengalaman berada di set penggambaran bersama pelakon drama Impian Illyana itu menjadi detik awal pembabitannya dalam industri seni.

“Drama pertama saya berlakon adalah bersama beliau. Banyak kenangan kami. Semoga arwah tenang di sana.

“Salam takziah buat sahabat, lydia ibtisam, yang sama-sama menjayakan drama bersiri Impian Illyana TV3. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa dan amal ibadatnya diterima oleh Allah,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.

Terdahulu, berita mengenai keadaan kritikal Lydia Ibtisam sebelum ini dikongsikan oleh pelakon dan penyanyi, Elliza Razak, yang turut merayu agar orang ramai mendoakan kesembuhan sahabat baiknya itu.

Namun, daripada Allah dan kepada Allah juga manusia kembali, Lydia Ibtisam telah menghembuskan nafas terakhir pada hari ini, yang turut dikongsikan oleh Zoey sendiri di Instagram peribadinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN