KUALA LUMPUR: Personaliti terkenal, Cik Puan Sarimah Ibrahim dilantik sebagai duta jenama Labrich dalam satu majlis eksklusif yang berlangsung di Hemisphere Luxury Hall, Menara Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pelantikan itu diumumkan bersempena penganjuran The Labrich Reveal: Nurturing Generations, Empowering Vitality, yang turut menyaksikan pelancaran dua produk baharu jenama berkenaan bagi melengkapkan rangkaian penyelesaian kesihatan untuk wanita dan kanak-kanak.
Menurut pengasas Labrich,SM Rafizal (Fizal) yang bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), bersama isterinya Dr. Amy Murniza selaku Pengasas Bersama, pemilihan Cik Puan Sarimah sebagai duta jenama dibuat berdasarkan personalitinya yang menitikberatkan gaya hidup sihat serta mampu menjadi inspirasi kepada masyarakat.
“Beliau melambangkan seorang wanita yang aktif, berkeyakinan dan sentiasa mengutamakan kesejahteraan diri serta keluarga. Nilai tersebut selari dengan aspirasi yang ingin dibawa oleh Labrich,” katanya.
Selain pengumuman duta jenama, majlis itu turut memperkenalkan Labrich TriBio Women Wellness, yang diformulasikan bagi menyokong keperluan kesihatan wanita, termasuk kesejahteraan usus, tenaga dan keseimbangan emosi.
Turut diperkenalkan ialah Labrich TriBio Kids, iaitu produk yang dibangunkan khusus untuk membantu menyokong kesihatan pencernaan serta tumbesaran kanak-kanak.
Pengasas Labrich berkata, pembangunan rangkaian produk tersebut berasaskan pemerhatian terhadap keperluan pengguna serta pengalaman klinikal dalam bidang kesihatan.
Katanya, syarikat itu percaya penjagaan kesihatan yang baik perlu bermula dari asas, termasuk kesihatan usus, sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kesejahteraan individu dan keluarga.
Beliau berkata, pelantikan Cik Puan Sarimah diharap dapat membantu memperkukuhkan mesej mengenai kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat dan memberi inspirasi kepada lebih ramai masyarakat untuk mengutamakan kesejahteraan dalam kehidupan seharian.
Pada masa sama, Labrich memaklumkan akan terus memperkukuhkan penyelidikan dan pembangunan bagi menghasilkan lebih banyak inovasi kesihatan yang memenuhi keperluan pengguna pelbagai peringkat usia.










