Tidak terkejut Datuk Red mahu kahwin, saya doakan kebahagiaannya - Adira Suhaimi - Utusan Malaysia

Tidak terkejut Datuk Red mahu kahwin, saya doakan kebahagiaannya – Adira Suhaimi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAWANG: Penyanyi, Adira Suhaimi, mendoakan segala urusan bekas suaminya, usahawan Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, dipermudahkan susulan khabar angin bahawa lelaki itu bakal mendirikan rumah tangga pada Julai ini.

Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi berkata, dia tidak terkejut dengan perkhabaran tersebut, malah sentiasa mendoakan kebahagiaan serta kesejahteraan bekas suaminya.

“Saya tidak terkejut. Saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat dia, termasuk kebahagiaan dan kesejahteraannya.

“Kalau benar bertemu jodoh baharu, Alhamdulillah,” katanya.

Adira berkata demikian ketika ditemui selepas prosiding pengesahan lafaz rujuk di Mahkamah Syariah Gombak Barat, hari ini.

Mengulas sama ada pernah bertemu wanita yang dikatakan bakal mengahwini Datuk Red, Adira menegaskan perkara itu bukan satu keperluan.

“Saya sendiri tiada masa untuk berjumpa dengan sesiapa.

“Tiada dan memang tidak perlu,” katanya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Tercipta Untukku itu turut menjelaskan Datuk Red sepatutnya mengambil anak-anak mereka lebih awal, namun percaya kelewatan yang berlaku berpunca daripada urusan yang tidak dapat dielakkan.

“Sepatutnya dia menjemput anak-anak lebih awal.

“Tetapi mungkin ada beberapa perkara yang belum selesai dan terpaksa ditangguhkan ke bulan hadapan,” ujarnya.

Terdahulu, tular dakwaan bahawa Datuk Red bakal menamatkan zaman dudanya dengan mendirikan rumah tangga pada Julai ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN