Saya cuba cari masa untuk isteri, hari minggu untuk kami keluar berdua - Yonnyboii - Utusan Malaysia

Saya cuba cari masa untuk isteri, hari minggu untuk kami keluar berdua – Yonnyboii

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer Yonnyboii mengakui dia memperuntukkan masa sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk keluar berdua bersama isteri, Nik Nazira Narriman sebagai satu cara mengekalkan kebahagian bersama isterinya itu.

Yonnyboii atau Muhammad Nuriman Nor Azrin, 28, berkata, rutin tersebut mula dititikberatkannya setelah mereka melalui fasa yang agak mencabar pada awal perkahwinan.

“Masa mula-mula ada bayi dahulu, kami memang agak tertekan untuk memberikan perhatian antara satu sama lain. Keadaan ketika itu agak berserabut sehingga isteri ada mengadu yang saya hanya mentingkan anak sahaja.

“Dahulu saya fikir bila sudah tolong jaga anak, itu sudah cukup baik dan lelaki lain pun belum tentu buat perkara sama. Tapi, lama-kelamaan baru saya faham bahawa kita sebenarnya perlu sentiasa jaga lagi rasa cinta dalam hubungan itu,” katanya.

Yonnyboii berkongsi perkara berkenaan ketika ditemui pada sidang media Sempurna di Universal Music Malaysia, di sini, semalam.

Menyedari hakikat tersebut, Yonnyboii mengambil inisiatif untuk menetapkan hari minggu sebagai hari khas mereka berdua tanpa sebarang gangguan komitmen luar.

“Setiap hari Sabtu atau Ahad, kami akan menghantar anak ke rumah ibu bapa mentua untuk dijaga seketika. Selepas itu, kami akan pergi ke mana-mana sahaja untuk meluangkan masa bersama-sama.

“Isteri saya memang suka pergi ke tempat yang jauh sedikit untuk bercuti bagi menenangkan fikiran seperti Genting, Melaka dan Penang. Jadi, saya cuba sedaya upaya untuk mengikut sahaja idea dan perancangan yang dibuat olehnya.

“Rasanya mana-mana isteri pun tidak suka kalau mereka sahaja yang kena buat keputusan, jadi saya cuba juga merancang. Namun, saya akui kelemahan saya adalah merancang jadual perjalanan dan isteri sebenarnya lebih cekap dalam urusan tersebut,” katanya.

Untuk rekod, Yonnyboii mendirikan rumah tangga dengan Nik Nazira Narriman pada 20 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga terdekat dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang dikenali sebagai Kairo yang dilahirkan pada Julai 2023.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN