Pernah usik suami 'macam orang tua', Ain Edruce gembira pelaburan kini berbaloi - Utusan Malaysia

Pernah usik suami ‘macam orang tua’, Ain Edruce gembira pelaburan kini berbaloi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Ain Edruce, meluahkan rasa syukur terhadap suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa, yang banyak mendidik dan membimbingnya dalam ilmu pengurusan kewangan serta pelaburan.

Ain atau Nurulain Edruce, 35, mengakui sebelum mengenali suaminya, dia tidak mempunyai pengetahuan mengenai kaedah simpanan wang yang betul dan hanya bergantung kepada akaun simpanan bank biasa sahaja.

“Saya kadang-kadang bersyukur mengenali suami saya ini kerana segala jenis pelaburan dia suruh saya buat. Sebelum kenal dia, saya memang tidak tahu apa-apa pasal simpan duit ini.

“Dalam akaun bank saya sebelum ini hanya ada simpanan biasa sahaja. Tapi selepas kenal dia, macam-macam yang dia ajar saya untuk simpan duit di sana sini,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Dalam pada itu, Ain mendedahkan bahawa pada awalnya, dia sering mengusik suaminya itu kerana terlalu mementingkan perancangan kewangan.

“Dulu saya selalu cakap dekat dia yang ‘awak ini macam orang tualah’. Tapi sekarang selepas dah nampak banyak hasil, saya rasa sangat gembira.

“Jangan beritahu suami saya yang saya puji dia macam ini. Nanti dia kembang pula, saya malas melayankannya,” katanya.

Untuk rekod, Ain dan Amirul Hafiz mendirikan rumah tangga pada 13 Disember 2019 selepas mengikat tali pertunangan selama enam bulan dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Soraya, yang kini berusia lima tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN