Neelofa utamakan akhlak, adab dalam mendidik anak-anak - Utusan Malaysia

Neelofa utamakan akhlak, adab dalam mendidik anak-anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selebriti popular, Neelofa mendedahkan dirinya sentiasa menerapkan amalan kata-kata positif berunsurkan islamik dalam mendidik anak-anak seawal usia tiga tahun.

Neelofa berkata,dia pernah menghias bilik anak sulungnya, Bilal, dengan pelbagai ungkapan yang mengingatkan tentang Allah SWT dan ajaran Islam sebagai usaha membentuk asas keimanan anak-anaknya sejak kecil.

“Dulu saya pernah buat kata-kata positif dalam bilik Bilal seperti ‘Saya Cinta Allah’, ‘Allah Sayang Saya’ dan macam-macam lagi. Selepas mereka sudah boleh memahami dan membaca, saya tambah lagi ungkapan lain seperti ‘Saya Milik Allah’, ‘Saya Cinta Al-Quran’ dan ‘Saya Mengikuti Sunnah Rasulullah SAW’.

“Kenapa saya buat perkara ini ketika mereka berusia tiga hingga empat tahun? Sebab itulah ungkapan yang saya mahu mereka ingat dan sentiasa bermain dalam fikiran mereka sejak usia yang muda lagi.

“Supaya apabila mereka membesar nanti, perkara itu sudah sebati dalam diri mereka. Sejak kecil, kata-kata positif ini sentiasa berada dalam minda mereka.

“Daripada kita cakap ‘Saya Mahu Menjadi Orang Kaya’, yang itu boleh difikirkan kemudian. Kita perlu bina asas terlebih dahulu, iaitu akidah,” katanya menerusi hantaran Instagram Story (Igs).

Dalam masa sama, bekas pengacara MeleTop itu memaklumkan dirinya sentiasa berharap kedua-dua anaknya, Bilal dan Abbas menjadi seorang insan yang beradab dan berakhlak mulia seperti apa yang telah dididiknya sejak kecil.

“Daripada apa yang saya perhatikan, kalau anak-anak lambat ke sekolah atau tidak pandai bertutur dengan baik, semua itu masih boleh diperbaiki dan dipelajari kemudian.

“Tetapi ada satu perkara yang sangat saya mahukan apabila melihat sesetengah anak-anak, iaitu adab. Anak yang mempunyai adab dari segi percakapan, tingkah laku, bahasa tubuh dan gerak-geri.

“Itulah yang paling saya mahu ada dalam diri Bilal dan Abbas, sebagaimana yang diterapkan dalam keluarga kami. Dan itulah yang paling saya harapkan serta mahu menjadi perkara nombor satu dalam diri mereka,” jelasnya menerusi sebuah audio siar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN