Koleksi pelik bintang Hollywood - Utusan Malaysia

Koleksi pelik bintang Hollywood

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dalam kehidupan glamor yang sering dipaparkan kepada umum, selebriti Hollywood juga mempunyai cara tersendiri untuk mengisi masa lapang.

Sama seperti individu lain, ada antara mereka gemar melakukan aktiviti seperti bersukan, melancong atau mengumpul barangan, bahkan ada yang mempunyai minat jauh lebih unik dan luar daripada kebiasaan.

Pelik tetapi menarik. Itulah ayat yang paling tepat untuk menggambarkan keunikan hobi beberapa selebriti Hollywood yang secara tidak langsung mencerminkan personaliti mereka yang tersendiri.

Berikut lima selebriti Hollywood yang mempunyai hobi pelik:-

Rod Stewart

Penyanyi legenda, Rod Stewart pula mempunyai hobi yang memerlukan kesabaran serta ketelitian luar biasa. Selama lebih dua dekad, beliau menghabiskan masa membina bandar miniatur lengkap dengan sistem kereta api berskala kecil.

Model tersebut juga memiliki bangunan pencakar langit, jalan raya, jambatan dan pelbagai perincian yang diinspirasikan dari bandar-bandar di United States dan United Kingdom.
Penyanyi itu juga mendedahkan bahawa beliau menghabiskan ribuan jam untuk membina sendiri kebanyakan struktur dalam bandar miniatur tersebut.

Nicolas Cage

Pelakon, Nicolas Cage terkenal dengan minatnya mengumpul pelbagai artifak unik dan barangan eksotik dari seluruh dunia. Antara koleksi yang dimilikinya termasuk tengkorak dinosaur, manuskrip bersejarah dan komik edisi terhad yang sukar ditemui.

Bagi pelakon filem Ghost Rider itu, setiap artifak mempunyai nilai sejarah tersendiri yang membuatkan dirinya tertarik untuk memilikinya. Minat itu juga memperlihatkan sisi peribadinya yang sentiasa ingin meneroka perkara-perkara unik dan berbeza.

Kesha

Penyanyi, Kesha pernah mencetuskan perhatian orang ramai apabila mendedahkan dirinya suka mengumpul gigi manusia yang diminta daripada peminat.

Menurut Kesha, dia menerima lebih seribu batang gigi daripada peminat di seluruh dunia. Gigi-gigi tersebut kemudiannya digunakan untuk menghasilkan pelbagai aksesori dan karya seni termasuk rantai, anting-anting serta hiasan kepala untuk dipakai ketika membuat persembahan.

Walaupun kedengaran aneh, penyanyi itu melihat koleksi tersebut sebagai satu bentuk ekspresi seni yang unik dan sinonim dengan identiti fesyennya.

Angelina Jolie

Aktres terkenal, Angelina Jolie pula mempunyai hobi mengumpul pisau dan senjata antik sejak usia remaja kerana tertarik dengan sejarah dan seni pembuatan senjata dari pelbagai budaya.

Koleksi yang dimilikinya merangkumi pelbagai jenis pisau tradisional dan bilah antik yang mempunyai nilai sejarah tersendiri.
Bagi pelakon filem Maleficent itu, minat tersebut turut membuktikan penghargaannya terhadap seni dan warisan budaya berbanding fungsi senjata tersebut.

Tom Hanks

Di sebalik imejnya sebagai pelakon yang disegani, Tom Hanks mempunyai minat mendalam terhadap mesin taip antik sejak tahun 1970-an dan menjadi antara koleksi paling terkenal dalam kalangan selebriti Hollywood.

Pelakon itu dilaporkan memiliki ratusan mesin taip daripada pelbagai jenama dan era. Minat tersebut turut mendorongnya untuk menghasilkan aplikasi Hanx Writer dan buku cerpen Uncommon Type.

Bagi pelakon filem Catch Me If You Can itu, setiap mesin taip mempunyai identiti tersendiri melalui reka bentuk, bunyi kekunci dan pengalaman menulis yang berbeza daripada komputer moden.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN