AI terlalu sempurna, melebihi keupayaan manusia – Daqmie - Utusan Malaysia

AI terlalu sempurna, melebihi keupayaan manusia – Daqmie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENGGUNAAN AI dalam menghasilkan lagu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pembikin lagu di negara ini. 

Ini kerana dengan sekadar di hujung jari, seseorang itu mampu menghasilkan lagu yang sempurna daripada setiap segi pembikinannya.

Namun komposer, penyanyi dan penerbit rakaman, Daqmie memiliki sisi pandang berbeza mengenai AI. Berikut hasil temu bual yang kami muatkan dalam jawablah kali ini.

Apa pandangan Daqmie tentang AI

A.I sebenarnya berperanan sebagai alat bantuan. Dulu kalau menghasilkan lagu tidak mudah, ia datang haripada ilham. AI sekarang ini memudahkan proses tersebut dengan berfungsi sebagai pemula. Ia membantu ramai komposer dan pembikin lagu.

Apa baik dan buruknya penggunaan AI ini?

Ada sisi negatif dan positifnya. Ia adalah teknologi. Ia menggantikan kaset untuk tujuan rakaman. Akan datang kita tak boleh jangka apa pula teknologi baharu yang bakal wujud. Tapi dari sudut negatif adalah isu hak cipta apabila melibatkan karya orang lain yang digunapakai.

Apa berlaku jika idea daripada AI itu terus dirakam?

Amat merugikan. Ini kerana idea yang tercetus daripada AI itu kadang kala kebanyakannya terlalu sempurna, melebihi keupayaan manusia.

Perlukah sekatan dilakukan terhadap penggunaan AI?

Kita tak boleh halang teknologi ini. Ia ibarat kepala air yang akan redah dan melimpah ke tebing. Kita memang tidak boleh nak tahan ia daripada terus digunakan. Apa yang boleh kita lakukan adalah menggunakannya dengan penuh berhemah.

Adakah AI mampu mengambil alih peranan manusia?

Saya rasa tidak (mengambil alih tugas manusia). Ini adalah kerana ia adalah ‘idea’ sahaja. Lama kelamaan kita bertukar bosan dengan platform yang sama kerana hasilnya terlalu sempurna.

Jadi cukup dikawal dengan undang-undang?

Ya. Apa pun penggunaannya perlu ada kawal selia undang-undang kerana ia melibatkan ramai pihak seperti penerbit, penggubah, yang menjaga hak cipta. Ekosistemnya luas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN