Ziha Salleh kenang tidak dapat bawa lagu irama Malaysia minggu ketujuh Akademi Fantasia - Utusan Malaysia

Ziha Salleh kenang tidak dapat bawa lagu irama Malaysia minggu ketujuh Akademi Fantasia

Screenshot
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon, Ziha Salleh masih menyimpan kenangan lucu apabila impiannya untuk membuat persembahan irama tradisional dalam program Akademi Fantasia tidak kesampaian selepas tersingkir dalam pertandingan itu.

Menurut Ziha atau Nor Aziha Md Salleh, 32, dia antara peserta yang paling teruja apabila dimaklumkan minggu bertemakan tradisional bakal berlangsung dalam program tersebut pada minggu ketujuh.

“Saya ingat lagi dulu masa dalam Akademi Fantasia. Saya punya lah tertunggu-tunggu minggu traditional sebab tidak sabar untuk menyanyi lagu irama Melayu tradisional dan menari zapin.

“Masa itu dah minggu keenam. Pihak produksi pula umum minggu ketujuh ialah minggu tradisional,” katanya menerusi satu hantaran di Threads.

Tambah penyanyi Adat Kasih itu, dia ketika itu sudah mula membayangkan konsep persembahan yang ingin dibawakan sekiranya berjaya mara ke minggu berikutnya.

“Saya memang terlalu gembira masa itu. Siap sudah bayangkan bagaimana hendak bawa tarian zapin dalam persembahan saya.

“Sekali, minggu keenam itu juga saya tersingkir daripada Akademi Fantasia,” ujarnya.

Terdahulu, Ziha Salleh mula dikenali ramai selepas berjaya menjadi salah seorang bintang kelahiran Akademi Fantasia Musim 11 (AF2014) pada tahun 2014.

Selepas tamat AF, Ziha melebarkan sayapnya ke dunia lakonan drama dan telefilem. Antara naskhah popular yang pernah dibintanginya termasuklah drama Histeri The Series (2022) dan telefilem Hantu Mertuaku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN