Vijay dihimpit kontroversi sebelum bergelar Ketua Menteri - Utusan Malaysia

Vijay dihimpit kontroversi sebelum bergelar Ketua Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Selepas puluhan tahun menguasai industri perfileman Tamil, Vijay akhirnya memilih untuk meninggalkan dunia glamor demi menceburi politik.

Digelar Thalapathy oleh peminat, pelakon berusia 51 tahun itu membawa imej seorang pemimpin yang dekat dengan rakyat. Namun perjalanan menuju jawatan Ketua Menteri Tamil Nadu turut dipenuhi pelbagai kontroversi dan ujian yang mencabar reputasi serta pengaruh politiknya.

Berikut merupakan lima kontroversi yang terpaksa dihadapi oleh Vijay sebelum memenangi pilihan raya baru-baru ini.

Tragedi rempuhan di Karur yang mengorbankan 41 nyawa

Segalanya berjalan lancar buat Vijay dan partinya, Tamilaga Vettri Kazhagam (TVK), sehinggalah hari malang pada 27 September 2025. Satu rempuhan semasa salah satu perhimpunannya di Karur menyebabkan 41 orang maut dan kira-kira 100 lagi cedera. Vijay dikritik kerana tidak segera mengeluarkan kenyataan kerana pulang ke Chennai. Pada 27 Oktober, beliau bertemu keluarga mangsa di Mamallapuram.

Petisyen penceraian oleh Sangeeta Sornalingam

Pada 27 Februari, berita tersebar bahawa isteri Vijay selama hampir tiga dekad, Sangeeta Sornalingam, telah memfailkan penceraian. ANI melaporkan pelakon dan ketua TVK Vijay, isterinya Sangeetha, telah memfailkan petisyen penceraian di mahkamah keluarga Chengalpattu. Sangeetha mendakwa Vijay mempunyai hubungan sulit (dengan seorang pelakon wanita) dan memohon penceraian atas alasan tersebut. Petisyen itu mendakw pada tahun 2021, Sangeetha mendapati Vijay ‘terlibat dalam hubungan terlarang dengan seorang pelakon wanita’. Dia juga mendakwa Vijay memberi jaminan hubungan tersebut akan ditamatkan.

Dakwaan hubungan dengan Trisha Krishnan

Pada 5 Mac, Vijay dan Trisha Krishnan menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak lelaki penerbit Kalpathi S. Suresh dan Meenakshi Suresh. Mereka hadir bersama ke acara di The Leela Palace, Chennai, dan mengenakan pakaian sedondon berwarna krim dan emas. Kedua-dua bintang itu pernah berlakon bersama dalam Ghilli (2004), Thirupaachi (2005), Aathi (2006), Kuruvi (2008), dan Leo (2023). Namun sejak sekian lama peminat membuat spekulasi bahawa hubungan mereka lebih daripada sekadar rakan.

Kelewatan dan kebocoran filem Jana Nayagan

Filem terakhir Vijay, Jana Nayagan, sepatutnya ditayangkan di pawagam pada 9 Januari. Pada 5 Januari, syarikat produksi KVN Productions memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi Madras berhubung kelewatan pensijilan CBFC. Pada 12 Januari, mereka membawa kes itu ke Mahkamah Agung tetapi diarahkan kembali ke Mahkamah Tinggi. Namun, mereka masih tidak mendapat sebarang kelegaan.
Pada 9 April, beberapa hari sebelum pilihan raya Tamil Nadu, filem yang belum ditayangkan itu bocor dalam talian dalam versi HD. Sembilan tangkapan dibuat susulan siasatan oleh Unit Jenayah Siber. Seorang editor bebas yang bekerja untuk filem lain didakwa sebagai suspek utama. Filem itu masih belum menerima pensijilan.

Kebuntuan politik untuk mendapatkan majoriti

Pilihan raya di Tamil Nadu berlangsung pada 23 April dan keputusannya diumumkan pada 4 Mei. Walaupun TVK memenangi 108 daripada 234 kerusi, ia masih belum mencapai angka majoriti mudah sebanyak 118 kerusi.
Sehingga 9 Mei, walaupun membentuk pakatan pasca pilihan raya dengan Kongres dan memperoleh lima lagi kerusi, Vijay dilaporkan bertemu Gabenor Tamil Nadu, Rajendra Vishwanath Arlekar, sekurang-kurangnya empat kali sebelum dapat membuktikan majoriti dengan sokongan Viduthalai Chiruthaigal Katchi (VCK), Indian Union Muslim League (IUML), Communist Party of India (CPI), dan Communist Party of India (Marxist) (CPI(M)). Vijay akhirnya mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada 10 Mei.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN