Tiada kelayakan akademik, Amir Jahari pernah mahu berhenti - Utusan Malaysia

Tiada kelayakan akademik, Amir Jahari pernah mahu berhenti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan penulis lagu, Amir Hamzah menjelaskan sebab dia menghentikan kelas penulisan lagu yang dijalankan sejak 2018 dulu.

Menurut Amir atau Mohamad Amirullah bin Jahari, 34, dia sudah mengajar lebih 600 orang dalam bidang tersebut sebelum membuat keputusan berhenti.

“Saya sudah mengajar menulis lagu dan mengajar 600 lebih orang, tetapi saya berhenti,” katanya menerusi satu hantaran Threads miliknya, harini.

Katanya, dia mula hilang keyakinan terhadap diri sendiri kerana tahap akademiknya hanya di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Saya cuma ada SPM. Apa yang saya ajar lebih kepada cara saya buat lagu, bukan berasaskan teori muzik,” ujarnya.

Menurut juara Anugerah Juara Lagu ke-38 itu, perkara tersebut membuatkan dia rasa kurang yakin dengan pendekatan yang digunakan.

Ujar Amir, keadaan bertambah sukar apabila menerima kritikan daripada pihak industri muzik dan akademik.

“Lagi-lagi bila orang industri dan akademik mula mengecam dan bersikap sarkastik, saya terus berhenti mengajar menulis lagu,” tambahnya.

Amir berkata, dia kini sedang memikirkan sama ada perlu meneruskan perkongsian ilmu atau kekal berhenti.

“Patut ke saya berhenti atau mengajar kembali?,” katanya.

Terdahulu, Amir Jahari telah dinobatkan sebagai Juara Anugerah Juara Lagu ke-38 menerusi lagu ciptaannya sendiri yang berjudul ‘Hasrat’.

Kemenangan bersejarah yang berlangsung pada Mac 2024 di Axiata Arena ini membolehkan beliau membawa pulang trofi beserta wang tunai RM100, 000.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN