Saya akan pastikan anak dan keluarga tidak lalui apa yang pernah saya lalui - Aedy Ashraf - Utusan Malaysia

Saya akan pastikan anak dan keluarga tidak lalui apa yang pernah saya lalui – Aedy Ashraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Aedy Ashraf mengakui dirinya mendambakan pasangan dan kehidupan yang sederhana selepas berumah tangga.

Menurut Aedy atau Addy Ashraf Rosmadi, 33, kehidupannya yang dikenali ramai membuatkan dirinya nekad mahu menjalani kehidupan seperti orang biasa bersama pasangan.

“Saya mahukan seorang wanita yang kehidupannya sederhana. Saya sentiasa berada di situasi yang sangat glamor, hidup saya sendiri glamor dan pernah bersama dengan seseorang yang glamor.

“Pada akhirnya saya cuma mahukan sebuah kehidupan yang biasa sahaja. Saya mahu pulang ke balik rumah dan hidup sebagai seorang yang normal kerana kerjaya saya sudah pun begitu.

“Saya juga pernah cuba sebelum ini (bersama dengan yang dikenali). Tetapi tidak menjadi. Jadi, sekarang saya mahukan kehidupan yang sederhana dan biasa,” katanya menerusi sebuah audio siar.

Ditanya mengenai ciri-ciri wanita yang dicari, aktor itu mengakui rupa paras bukanlah kunci utama yang diimpikan, sebaliknya cukup membuatkan dirinya tenang untuk melalui alam perkahwinan bersama.

“Saya mahukan seorang wanita yang boleh buat saya tersenyum setiap kali bangun tidur. Tidak semestinya wanita itu cantik. Cantik itu subjektif.

“Mungkin yang cantik di mata saya, tidak cantik di mata orang. Asalkan saya bangun tidur dan tengok muka dia, saya tersenyum sudah cukup,” jelasnya.

Tambah Aedy, dia turut mendambakan kehidupan sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni, selain akan memastikan anak dan isterinya tidak akan melalui penderitaan yang pernah dilaluinya.

“Saya nak keluarga yang saya tak pernah ada.
Saya akan pastikan anak dan keluarga saya takkan lalui apa yang saya pernah lalui kerana bagi saya tak semua orang boleh hadap,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN