PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay menasihatkan semua pihak supaya tidak mudah berasa iri hati dengan kehidupan orang lain yang dipaparkan di media sosial.
Menurut Liyana Jasmay, 38, apa yang dikongsikan di platform tersebut bukan gambaran sebenar kehidupan seseorang secara keseluruhan.
“Jangan jadi macam itu, Saya pasti hidup awak lebih baik.
“Apa yang awak lihat di media sosial hanyalah satu peratus daripada kehidupan orang lain.
“Semua orang ada kesusahan atau dugaan masing-masing tapi mereka tidak menunjukkannya,” katanya menerusi satu hantaran komen di Threads.
Dalam masa sama, Liyana turut menasihatkan supaya tidak terlalu obses dengan media sosial.
“Jangan terlalu obses dengan media sosial sehingga hilang diri sendiri.
“Syukur dan Alhamdulillah untuk semuanya,” tambahnya.
Katanya, keadaan itu boleh menyebabkan seseorang hilang keyakinan terhadap diri sendiri.
“Cemburu adalah perasaan buruk. Jadi, buang perasaan tersebut jauh-jauh sampai ia tidak kembali lagi,” ujarnya.
Terdahulu, satu hantaran di Threads, seorang pengguna meluahkan rasa mudah berasa cemburu apabila melihat rezeki orang lain di media sosial sehingga mempertimbanhgkan untuk memadam akaun tersebut.
Walaubagimanapun, Liyana Jasmay telah meninggalkan satu hantaran komen menasihati pengguna tersebut supaya tidak mempercayai sepenuhnya apa yang dipamerkan dalam siosial media itu.










